Nuffnang

Isnin, 12 November 2012

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


Saya Perlu Berhenti Bercakap - <b>Neelofa</b> - Gua.com.my

Posted: 18 Oct 2012 02:11 AM PDT

Gossip percintaan Neelofa dan Hans Isaac seperti goreng pisang panas serta terpampang di pelbagai dada akhbar. Pelakon kacak itu baru-baru ini telah membuka mulut mengenai berita sensasi mereka namun terdapat beberapa versi kenyataan yang telah dilaporkan.

Ada yang menulis mengatakan Hans mengaku sedang mengenali hati budi Neelofa manakala ada juga yang melaporkan yang Hans menafikan yang mereka kini berpacaran. Neelofa ketika ditemui di sidang media Anugerah Skrin 2012 di Hotel Royale Bintang baru-baru ini mengambil keputusan untuk tidak membuat sebarang kenyataan.

Neelofa mengaku yang dia kini selesa berkawan dengan Hans Isaac dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu ini. Dia merasakan pelbagai kenyataan telah dikeluarkan malahan antaranya juga telah diputarbelitkan oleh pihak media maka berdiam diri adalah yang terbaik buat masa ini.

"Saya merasakan sudah tiba masanya untuk berhenti bercakap mengenai hal ini kerana saya tidak sepatutnya menjawab dan ditanya sebarang soalan bagi kenyataan yang dikeluarkan oleh Hans Isaac," kata Neelofa selaku hos untuk malam anugerah yang bakal berlangsung pada 9 November.

Pelakon dan pengacara ini tidak menafikan yang Hans adalah antara rakan rapat yang akan dihubungi ketika masa terluang kerana selesa untuk meluangkan masa bersama. Hans antara rakan rapat yang kerap dihubungi selain dari teman-teman baiknya yang lain.

"Saya berharap selepas ini orang ramai yang ingin mengaitkan nama kami berdua atas urusan kerja.Saya telah melakukan yang terbaik untuk filem Lemak Kampung Santan yang mengandingkan kami berdua maka lebih jika difokuskan untuk filem tersebut yang bakal menemui penonton tidak lama lagi," kata Neelofa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan