Nuffnang

Isnin, 12 November 2012

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


zaldeco: ENF - IKON LELAKI - Faizal Zain & <b>Faizal Tahir</b>

Posted: 22 Oct 2012 09:07 AM PDT

Selebriti pereka dalaman Faizal Zain & penghibur popular Faizal Tahir antara ikon lelaki yang bakal menghiasi sebuah majalah popular keluaran November ini. Dua selebriti yang mempunyai nama sedondon ini didekati dalam sesi fotografi oleh jurufoto terkenal tanah air iaitu Bustamam Mokhtar.
Bermula dengan tatarias solekan oleh jurusolek Alha Alfa dua selebriti ini digayakan menyorot keperibadian masing-masing. Faizal Zain ditampilkan dengan bentuk seorang pereka manakala Faizal Tahir dijelmakan sebagai seorang bintang rock.
Masing-masing sedang sibuk disiapkan di dalam bilik persalinan, pakaian dua selebriti ini mendapat tajaan daripada Guess & Jaspal.
Sesi fotogarfi ini dilakukan di White Studio, sebuah studio fotogarfi terkenal yang telah banyak melahirkan gambar-gambar penuh sentuhan seni pelbagai selebriti tempatan dan luar negara.
Dua ikon lelaki ini ditampilkan untuk menyingkap dan berkongsi perjalanan karier mereka di dalam mengecapi kejayaan yang telah mereka harungi. Selebriti pereka dalaman Faizal Zain dilihat sebagai ikon yang cukup berpengaruh di dalam dunia rekaan dalaman dan begitu aktif dalam penulisan buku-buku mahupun artikel-artikel seni rekaan dan sering dilihat muncul dalam pelbagai media massa sebagai perunding hiasan dalaman.

Penghibur terhebat tanah air Faizal Tahir pula dilihat mempunyai nama besar didalam industri muzik tempatan malah mencipta kelompok dan pengikut tersendiri bersama genre muzik yang dibawakannya.


Jadi nantikan gambar-gambar mereka bersama pose-pose istimewa dan jangan lepaskan peluang mendekati sisi kehidupan dan kejayaan dua ikon lelaki berjaya ini!

Foto Oleh: Bustamam Mokhtar
Studio: White Studio, Cheras
Wartawan Hiburan: Faizal Harun
Selebriti: Faizal Zain & Faizal Tahir
Pakaian: Guess & Jaspal
Solekan: Alha Alfa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan