Nuffnang

Isnin, 12 November 2012

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


Tupai - Ada Hiburan, Ada Stail!: <b>Rita Rudaini</b> menang kes batal <b>...</b>

Posted: 08 Nov 2012 10:00 PM PST

Aktres popular Rita Rudaini Mokhtar telah memenangi kes permohonannya membantah perintah kembali taat (nusyuz) yang difailkan oleh suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak.

Dipetik daripada sebuah portal hiburan tempatan, Hakim Syarie, Saharuddin Selamat membuat keputusan sedemikian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, sekaligus membatalkan kes permohonan tersebut.

Malah Aidil yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selaku plaintif diperintahkan membiayai segala kos mahkamah.

Keputusan tersebut dibuat selepas Aidil, 25, gagal menyatakan alamat pemastautin yang tepat di dalam permohonan tersebut yang difailkan pada 15 Mei lalu.

"Selepas meneliti permohonan plaintif, didapati pihaknya meletakkan alamat tidak lengkap terhadap permohonan kembali taat yang dikemukakan terhadap pihak defendan (Rita).

"Jadi pihak mahkamah memutuskan bantahan awal yang difailkan defendan pada 3 Julai lalu diluluskan," katanya pada prosiding yang diadakan baru-baru ini.

Hakim turut memaklumkan bahawa peguambela Aidil iaitu Ahmad Nazib Johari telah menarik diri daripada mewakili plaintif pada 30 Oktober lalu.

Aidil juga gagal menghadirkan diri ke mahkamah tanpa mengemukakan sebarang alasan atau wakil, walaupun sudah diberi peringatan ketika sebutan kes pada 3 Oktober lepas.

Sementara itu aktres berusia 35 tahun itu meluahkan rasa syukur apabilan bantahan awal yang difailkannya telah diluluskan oleh mahkamah dan akan meneruskan kes cerai yang masih lagi belum selesai.

Dalam pada itu, Rita yang ditemani Mohd Ihsan Mohd Daud mewakili peguam syarienya, Datuk Mohd Zaidi Zain meluahkan rasa syukur apabila bantahan awal yang difailkannya diluluskan mahkamah dan akan meneruskan kes cerai yang masih lagi belum selesai.

"Alhamdulillah, saya bersyukur apabila mahkamah tidak menangguhkan keputusan kes bantahan awal ini meskipun tanpa kehadiran dia (Aidil).

"Saya hanya ingin mempertahankan diri dan hak saya bersama anak-anak. Apabila sudah sampai di tahap ini, ini bermakna saya sudah mula berjuang dan tidak boleh menoleh ke belakang.

"Selepas ini peguam saya akan menyelesaikan status perhubungan kami pula. Tunggu sahaja nanti," jelasnya.

Rita dan Aidil telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki sehingga menyebabkan perkahwinan tersebut bermasalah.

Mereka telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Aidil & Zaquan: <b>Rita</b> jadi tukang urut

Posted: 10 Nov 2012 07:03 AM PST

10 November 2012


» Anak Lorong papar kisah tragis zuriat terbiar

Sebuah telefilem yang bakal disiarkan menerusi slot Cerekarama TV3 malam ini memberi kelainan kepada penampilan lakonan Rita Rudaini yang membawa watak tukang urut dan pelacur sambilan, malah menjadi wanita garang kerana sering memaki hamun dua anak kawannya sendiri. 

Menerusi judul Anak Lorong arahan Khairul Amri Khalid (Keoi), drama itu juga menampilkan sisi gelap seorang ibu yang terpaksa merahsiakan kehilangannya daripada pengetahuan dua anaknya hingga terpaksa menyuruh kawan baiknya membela anaknya. Telefilem terbitan Langkah Karya Production itu memaparkan isu sosial dan konflik kekeluargaan yang mengisahkan dua beradik terpaksa tinggal dengan kawan ibu mereka kerana kehilangan ibu mereka. 

Selain Rita dan Fiza Elite, Anak Lorong dibintangi Syafie Naswip, Taiyudin Bakar, Balqis, Idris Mat Diah, Boy Iman, Fadilah Mansor dan Zuraini Kassim.

Meruntum emosi

Penerbitnya, Hazmimi Johar, berkata Anak Lorong menerusi skrip asalnya oleh Rizal Alafiz Sarugi diolah semula untuk menjadikan ia sebuah kisah yang meruntun emosi, sesuai dengan tema konflik kekeluargaan yang berkisar antara ibu dan anak yang hidup di perumahan pangsa kos rendah.

"Ini adalah telefilem pertama kami untuk TV3. Ia mengisi slot Cerekarama pada 10 November ini. Penggambaran drama ini dilakukan sebelum Aidiladha lalu di sekitar ibu negara dan Sungai Buloh. 
"Mesej drama ini ialah persoalan tanggungjawab dan kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya. ia juga mengenai persahabatan, isu sosial insan yang hidup di bawah paras kemiskinan dan kesan anak terbiar, selain diselitkan sikit unsur 1Malaysia," kata Hazmimi yang juga Presiden Pertubuhan kebajikan Artis-Artis Pelapis (PERKAPP).

Kalangan ibu

Anak Lorong mengisahkan Rayyan, remaja berusia 17 tahun dan adiknya, Fara yang berusia enam tahun 'kehilangan' ibu mereka, Melur. Sepanjang ketiadaan Melur, Rayyan dan Fara dijaga Khaty, teman baik Melur yang pernah menjadi rakan sekerja Melur. Dua beradik itu tidak mengetahui kehilangan ibu mereka disebabkan dipenjarakan kerana terbabit dalam kegiatan tukang urut dan pelacur sambilan.

Walaupun Khaty menuurut naikan janji untuk menjaga Rayyan dan Fara, hakikatnya Khaty berasa dibebankan dengan kehadiran dua beradik itu, lalu bersikap kasar dan garang terhadap mereka. Sikap Khaty yang berlarutan menghina, memaki hamun dan mengungkit itu, membuatkan Rayyan mengambil keputusan berhenti sekolah dan mencari kerja supaya dapat menyara diri dan adiknya.

Rayyan bekerja mengambil upah dengan Pak Hussin, seorang peniaga buah. Kerajinan Rayyan membuatkan Pak Husin menyukainya. Rayyan mengenali pemuda bernama Muz, anak Pak Husin. Muz banyak meracuni fikiran Rayyan supaya bersamanya melakukan aktiviti tidak bermoral. Dari sekadar memerhati aktiviti Muz dan rakannya, Rayyan menjadi orang suruhan Muz. Setiap kali memperoleh hasil lumayan dengan perbuatan jenayah, Rayyan sering membawa pulang hadiah kepada Fara dan Watie. Watie ialah anak tunggal Khaty.

Banyak berubah

Kejahatan Muz dan Rayyan semakin menjadi-jadi. Suatu ketika, Rayyan tersedar kesilapannya dan mahu berubah untuk kembali ke pangkal jalan. Dengan bantuan Pak Husin, Rayyan banyak berubah. Suatu malam, Rayyan dan Kathy bergaduh besar.

Kemunculan Siok , wanita Cina mualaf atau nama Islamnya, Aisya serta anaknya, Ah Mei, dapat menghalang perbuatan kejam Khaty yang memukul dan mencaci Rayyan dan Fara. Pada ketika itu juga, polis datang ke rumah Khaty dan dia ditahan kerana terbabit dalam kegiatan persundalan.



Foto

Tiada ulasan:

Catat Ulasan