Nuffnang

Sabtu, 3 November 2012

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


<b>Saiful Apek</b> Jadi Mak Nyah?

Posted: 17 Oct 2012 12:49 PM PDT

KUALA LUMPUR – Akibat Kekurangan pelawak wanita di negara ini membuatkan pihak produksi yang menerbitkan rancangan berbentuk komedi terpaksa mengambil khidmat pelawak yang sama setiap kali memerlukan golongan mak nyah dalam sesebuah rancangan.

Pengurus saluran Astro Warna, Bob Azrai berkata, keadaan tersebut juga membuatkan khidmat pelawak lelaki diperlukan dalam membawa watak wanita dengan berkehendakkan mereka tampil sedemikian.

"Jika sesiapa sedar, industri hiburan kita hanya mempunyai pelawak wanita yang sangat sedikit. Boleh dikira dengan jari.

"Perkara tersebut telah membuatkan pihak produksi sukar bagi mencari pelakon wanita yang boleh berlawak"

"Sebab itulah kebanyakan rancangan komedi di negara ini mempunyai watak 'mak nyah' sedangkan ia adalah lakonan oleh seorang lelaki yang menggalas watak wanita,"

Tambah Bob, keadaan itu juga telah membuatkan pihaknya akan mencari semula pelawak wanita yang berbakat menerusi uji bakat dalam program Raja Lawak yang pernah diadakan sebelum ini.

"Pihak kami akan mencari pelawak wanita yang berpotensi bagi menjadi pelawak yang bagus"

"Mungkin tidak ramai yang bagus, tapi sekurang-kurangnya bakat mereka boleh diasah"

Dalam pada itu, Elak-Elak merupakan sebuah rancangan komedi yang berkonsepkan keagamaan di mana setiap pengakhiran persembahan lawak yang dibuat akan dirungkaikan melalui mesej-mesej pedoman oleh Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz.

Rancangan itu bakal dibarisi oleh pelakon Saiful Apek serta bekas peserta Raja Lawak iaitu Jihan, Arin dan Rahim. Ia bersiaran pada setiap Khamis bermula 20 Disember depan, pada jam 10 malam.

Siaran sebanyak 13 episod itu bakal menggunakan judul "Elak" antaranya Elak Alim Kucing, Elak Fitnah, Elak Bohong, Elak Gosip, Elak Riak, Elak Derhaka, Elak Syirik serta Elak Khalwat.

Selebriti lain yang turut terlibat adalah Joey, Yasin, Aznil Nawawi, Tauke (Raja Lawak), Angah, Nabil dan Achong  bagi menjayakan rancangan itu. – Info Artis @ forblogger.net

5 Berita Pilihan Ramai...

Tiada ulasan:

Catat Komen