Nuffnang

Sabtu, 3 November 2012

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


<b>Shaheizy Sam</b> & Yana Samsudin Tidak Akan Menyanyi - Beautifulnara

Posted: 31 Oct 2012 08:32 PM PDT

Berita ini pasti mengecewakan peminat Yana Samsudin dan Shaheizy Sam yang berhempas pulas mengundi lagu "Begini Caranya" sehingga sampai ke peringkat separuh akhir AJL27. Lagu duet mereka ini akan dinyanyikan oleh Ajai dan Marsha.

yana dan sam

Menurut Shaheizy Sam, dia merasakan tidak sesuai untuk menyanyikan lagu tersebut kerana dirinya lebih kepada seorang pelakon berbanding penyanyi. Kata Sam kepada Kosmo:-

Tidak sama sekali. Saya sebenarnya seorang pelakon dan bukan penyanyi. Jadi, saya merasakan tidak sesuai untuk membuat persembahan pada acara tersebut. Lebih afdal jika kami berikan peluang itu kepada penyanyi yang lebih layak atau mempunyai lebih pengalaman.

Hmmmm. Pelik jugak. Mungkin Sam tak yakin dengan keupayaan diri sendiri untuk menyanyi secara live. Agaknya Sam tak biasa berada di atas pentas. Maybe takut suara yang keluar secara live berbeza dengan apa yang dirakam di dalam studio. Apa pun semoga keputusan yang dibuat ini akan memberi impak positif kepada semua yang terlibat.

P.S: Kompleks sukan air bertukar kepada taman tema.

Baca Yang Ini Pulak:-


David Teo Nafikan Halang <b>Shaheizy Sam</b> & Yana Samsudin <b>...</b>

Posted: 31 Oct 2012 05:06 PM PDT

David Teo Nafikan Halang Shaheizy Sam & Yana Samsudin Menyanyi

Layaknya lagu duet pasangan ini, Begini Caranya ke separuh akhir Muzik Muzik ke 27 memang menjadi kebanggaan para peminat mereka yang jenuh mengundi.

Namun, berita yang Shaheizy Sam & Yana Samsudin tidak akan muncul di'atas pentas Muzik Muzik untuk persembahan seakan meremukkan harapan para peminat.

Dan, pihak pengurusan mereka MIG di'katakan menjadi punca kerana tidak melepaskan kedua dua pelakon ini untuk tujuan itu & hari ini David Teo tampil menjawab.

"Saya memang terkejut & kecewa kerana ia tidak benar sama sekali. Kami hanyalah menguruskan karier lakonan & segala hal yang berkaitan nyanyian, kami tidak akan campur tangan"

"Jika mereka bersetuju untuk menyertai pertandingan itu, kami pihak pengurusan tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyokong mereka," ujar David Teo kepada Berita Harian.

Dalam kenyataan berkaitan isu yang sama, Shaheizy Sam dan Yana Samsudin mengakui yang keputusan untuk tidak tampil membuat persembahan adalah keputusan mereka sendiri.

Related Posts
Categories
Tag

Tiada ulasan:

Catat Ulasan