Nuffnang

Rabu, 19 Disember 2012

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


Sepatutnya Kami Kahwin Disember Ini – <b>Aliff Aziz</b> |

Posted: 21 Nov 2012 08:21 PM PST


Memang kalau sudah tertulis tiada jodoh, maka tiadalah jodohnya. Aliff Aziz yang ditemui wartawan Mstar Online mendedahkan yang sepatutnya dia dan Anne Ngasri akan bernikah Disember ini. Sayangnya bukan Aliff Aziz yang dipilih oleh Anne Ngasri untuk menjadi suaminya.

aliff aziz anne ngasri

Abang Nara dapat rasakan kepedihan di dalam hati Aliff Aziz apabila perancangannya tidak menjadi. Benarlah kata-kata "Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan". Semoga ini menjadi satu pengajaran buat Aliff Aziz yang ternyata kecewa dengan perpisahan ini.

Ketika masih menjalinkan cinta bersama, kami merancang untuk menamatkan hubungan ini dengan sebuah ikatan perkahwinan pada Disember depan. Memang perancangan itu menjadi tetapi sayangnya lelaki yang dipilih Anne bukanlah saya tetapi orang lain. Sebelum ini, Anne pernah berkata bahawa saya adalah cinta terakhirnya dan jika jodoh kami tidak menjadi, dia akan berkahwin dengan sesiapa sahaja mengikut pilihan keluarganya.

anne sumali

Namun Abang Nara respek dengan Aliff Aziz yang sedar bahawa hanya Allah sahaja mampu mengubati kelukaan hatinya. Itulah yang sebenar-sebenarnya harus dilakukan oleh kita sebagai hamba kepadaNya. Tak perlu kecewa sampai bunuh diri apa bagai yang sering dilakukan oleh orang lain

Jujurnya, saya tidak pernah merasai perasaan cinta yang mendalam seperti ini. Apabila hubungan kami tidak menjadi, ia benar-benar membuatkan hati saya terluka. Sepanjang sebulan lebih saya berehat kerana beberapa masalah kesihatan, saya juga cuba menyembuhkan hati ini. Luka yang terlalu mendalam ini tiada siapa yang boleh mengubatnya kecuali Allah. Saya memohon kepada-Nya supaya kesakitan yang dirasai dapat dikurangkan selain berdoa untuk kebahagiaan Anne. Dia seorang wanita yang cukup sempurna di mata saya.

Bagi Abang Nara, Aliff Aziz pun masih muda. Ini semua jadikan satu pengalaman. Lepas ini kalau bercinta, terus masuk meminang. Tak perlu tunggu lama-lama. Tak ke gitu?

P.S: Le Sorelle, rumah bot mewah.

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan