Azhar Sulaiman - Google Blog Search |
<b>AZHAR SULAIMAN</b> BERI PENJELASAN MENGENAI ISU MURTAD <b>...</b> Posted: 21 Nov 2012 06:00 PM PST Azhar Sulaiman Beri Penjelasan Mengenai Isu Murtad | Baru-baru ini Azhar Sulaiman secara tidak langsung telah mencetuskan kontroversi ekoran kenyataan yang dikeluarkan di dalam laman sosial Facebooknya apabila dia mengutarakan persoalan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nikmat iaitu adakah dia juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno. Bagaimanapun menerusi laporan Malaysia Digest, Azhar Sulaiman tampil menjelaskan, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik. Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa. Lantaran tindakannya itu adalah sebagai respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar (kelmarin) berhubung dakwaan individu cerdik agama itu yang mengatakan Umno murtad. "Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya? Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu," katanya dalam akhbar Sinar Harian Mengenai laporan polis oleh beberapa individu di Perak, Azhar berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu. "Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan," katanya. CARIAN BERKAITAN
Category: HIBURAN |
You are subscribed to email updates from Azhar Sulaiman - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan