Nuffnang

Rabu, 19 Disember 2012

kumpulan Estranged - Google Blog Search

kumpulan Estranged - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Sep 2012 12:00 AM PDT


Pemain Drum <b>Kumpulan Estranged</b>, Andy Diikat & Diugut bunuh <b>...</b>

Posted: 14 Jun 2012 05:41 PM PDT

Pemain dram kumpulan Estranged iaitu Andy, 28, berhadapan dengan maut apabila diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk rumah didiaminya bersama keluarga di Kota Damansara dekat sini pada Ahad lalu.

Andy atau nama sebenarnya Azwin Andy Malik berkata, perompak-perompak yang menutup wajah dengan topeng itu telah mengugut untuk membunuh jika dia atau ahli keluarga lain cuba untuk melawan.

"Mereka muncul dengan membawa wayar, batang besi dan kayu. Malang sekali abang saya (Azlan Rudy) dipukul teruk sehingga meninggalkan kesan lebam pada badannya ketika cuba melawan.


"Saya beritahu mereka untuk ambil apa sahaja barang yang diinginkan dan jangan mencederakan kami sekeluarga," katanya.

Kejadian rompakan tersebut berlaku pada Ahad lalu, pukul 3.45 pagi sewaktu Andy baru sahaja pulang ke rumah. Menyedari pintu utama rumahnya tidak ditutup, dia terus ke tingkat atas.

"Pada mulanya, saya sangka nenek saya datang ke rumah dan berborak bersama ahli keluarga yang lain apabila mendengar bunyi orang sedang bercakap.

"Ketika mahu naik ke tangga, terdapat dua lelaki memakai baju hitam turun dan masa itu saya tidak dapat berbuat apa-apa.

"Habis semua barang-barang berharga diambil. Mereka juga bertanya sama ada kami menyimpan peti besi atau tidak? Mujurlah perompak tersebut memenuhi permintaan saya supaya memulangkan kad pengenalan dan kad kredit," ujarnya.

Antara barang-barang yang dirompak ialah sebuah komputer riba, iPad, sejumlah wang tunai, barangan kemas serta beberapa barang lain.

Sejurus selepas kejadian tersebut, mereka sekeluarga membuat laporan polis.

Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Muzik Video <b>Estranged</b> - Nyata » Wassupz!

Posted: 17 Sep 2012 09:48 PM PDT

18/09/2012 by Kayrl | Filed under Lirik Lagu, Muzik, Video.

Kumpulan Estranged sememangnya sudah mencipta nama dalam industri hiburan apabila kehadiran single pertama mereka "Itu Kamu" berjaya menambat hati pendengar dan memenangi lagu terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke-22. Selepas itu, satu-per-satu lagu mereka berjaya menaikkan lagi nama mereka selaku kumpulan muzik popular. Kini Estranged muncul dengan single baru iaitu Nyata. Tiada apa yang boleh kami komen kerana lagu ini memang terbaik dan seperti biasa muzik video Estranged tidak pernah mengecewakan kami. #ThumbsUp!

Saksikan muzik video 'Nyata' yang turut menampilkan pelakon Bront Palarae dan Cristina Suzanne-Stockstill. Cekidot!

Lirik lagu:

Sejuk tubuhku rasa
Bergegar ku cari petanda
tuk mengisi maksud hati
Menurut tunjuk jari
Tapi kau ada
Sluruh kau ada
Mengikut aku

Hangat tubuh kau dakap
Berdegupan jantung tak senyap
Jiwa aku dipenuhi
Nafas dihembusi
Jika kau nyata (kalau kau nyata)
Smoga kau ada
Mengikut aku

Salahkah tujuan
Semua telah dijangka
Tersesat laluan
Masih kita terjumpa

Kaulah yang nyata
Slalu pertama
Dua bersama
Selama
Kaulah yang nyata
Batu permata
Dua cerita

Sesudah kita bertemu
dan sekian takkan ku jemu
tuk menjerit nama kamu
Dengar bisikanmu
Skarang kau ada
Nyata kau ada
Mengikut aku

Sejuk tubuhku rasa
Bergegar ku cari petanda
Slagi kau ada
Mengikut aku

Incoming search terms:
  • Estranged
  • info kumpulan estranged
  • kumpulan estranged
  • pelakon pelakon dalam video estranged - nyata

Tags: , ,

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jan 2008 12:00 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Sep 2012 01:20 AM PDT


phs Smon&#39;s Site - <b>Kumpulan Estranged</b> Menang Juara Lagu (AJL)

Posted: 27 Jan 2008 08:16 AM PST

Kumpulan Estranged menang Juara Lagu AJL


27/01/2008 11:45pm

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Bintang-bintang ternama industri seni suara tanah air tewas kepada sebuah kumpulan baru Estranged apabila lagu 'ItuKamu' ciptaan kumpulan tersebut dinobatkan sebagai Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu Ke-22 (AJL22) yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Stadium Putra, Bukit Jalil di sini malam ini.

Dengan kemenangan itu, Estranged berjaya menepis artis terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Aishah yang disebut-sebut bakal menjuarai pertandingan ber kenaan membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 berserta trofi.

Estranged turut memenangi RM12,000 lagi sebagai juara kategori Pop Rock. Ini bermakna lagu tersebut membolot wang tunai RM37,000 kesemuanya. Lirik la gu Itu Kamu ditulis oleh Rachael Lawrence.

Lagu 'Izinku Pergi' yang dinyanyikan oleh Shari ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Sulu Sarawak memenangi kategori Balada. Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Lagu Samudera yang disampaikan oleh Nora pula menjuarai kategori Etnik Kreatif.

Dengan kemenangan itu, lagu ciptaan Johan Nawawi dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya itu melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM12,000 beserta trofi.

Jaclyn Victor dan Lah Ahmad pula memenangi kategori Vokal Terbaik menerusi lagu 'Ceritera Cinta'. Kedua-dua mereka membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Kategori Persembahan Terbaik pula, menjadi milik Raja SMS, Mawi yang telah memberikan persembahan yang cukup menarik menerusi lagu 'Angan dan Sedar' sekali gus melayakkan dia memenangi wang tunai RM10,000 dan trofi.

Bagi kategori ini 50 peratus daripada markah diterima adalah melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan selebihnya diadili oleh juri profesional. -Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan