siti nordiana - Google Blog Search |
<b>Siti Nordiana</b> Sudah Sedia Bersuami Baru – Perak Today Posted: 26 Aug 2012 01:00 AM PDT Selepas genap setahun berhijrah, penyanyi, Siti Nurdiana mengakui sudah bersedia untuk mencari bapa baru buat putranya Mohammad Ryyan Nakhaie yang kini sudah pun berusia 4 tahun. Malah, penyanyi yang senang disapa dengan panggilan Nana ini mengakui dia sedang berkawan dengan seseorang yang seusia dengannya. "Sekarang ini, Nana memang ada berkawan dengan seseorang. Namun, Nana rasa ada baiknya Nana cakap dia sebagai kawan saja. Untuk perkahwinan kali kedua ini, Nana mahu cari yang terbaik. "Bukan saja untuk Nana, bahkan untuk anak Nana. Nana mahu lelaki yang betul-betul mampu menjadi ayah kepada Ryyan. Terus-terang, Nana masih lagi mengintai adakah dia orangnya. "Insya-Allah, jika benar dia orangnya, Nana akan berkahwin dengan dia pada bila-bila masa saja. Nana sudah lama mengenalinya dan dia adalah seorang usahawan," katanya kepada murai.com.my. Menjelaskan mengenai lelaki tersebut, Nana memberitahu jejaka berkenaan sedang cuba merapatkan diri serta mengenali anaknya itu. "Sekarang ini, sikit-sikit dia cuba memikat hati anak saya. Dia pun masih muda dan belum pernah ada pengalaman dengan budak-budak. Dia sebaya dengan Nana. Sebenarnya, Nana kenal dia sebelum Nana bertudung lagi "Sebelum ini, Nana pernah berkawan dengan lelaki yang lebih berusia. Namun, ianya berakhir begitu saja dan tidak sesuai dengan Nana.," ujarnya. Menyentuh mengenai sambutan Aidilfitri, Nana seperti biasa beraya di Negeri Sembilan bersama anaknya dan ibu bapanya. Malah, diaturut menziarahi kubur arwah Faizal (bekas suami) "Saya bawa anak saya sekali. Keluarga arwah Faizal juga meminta untuk beraya bersama Rayyan. Jadi, saya hantar Rayyan ke sana. Saya tidak beraya bersama mereka, sekadar berkunjung sahaja. "Ryyan selalu ingatkan arwah. Setiap kali menonton drama lakonan arwah, dia mesti beritahu Nana bahawa itu adalah ayahnya," jelasnya. |
You are subscribed to email updates from siti nordiana - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan