Nuffnang

Khamis, 13 Disember 2012

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


TV9 - Showcase IK5 MeriahBersama <b>Alyah</b> dan Peserta IK5

Posted: 09 Dec 2012 08:00 AM PST

Showcase IK5 MeriahBersama Alyah dan Peserta IK5

Baru-baru ini, kesebelas peserta cilik Idola Kecil 5 telah berjaya menawan hati peminat mereka serta kanak-kanak yang mengunjungi 'Kids Pajamas Party' yang dianjurkan oleh Bananana TV9. Kini, mereka bakal menghiburkan para peminat serta pengunjung menerusi Showcase Idola Kecil 5 (Showcase IK5), di AEON AU2 (Setiawangsa) Shopping Centre pada 9 Disember 2012 bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Showcase ini diadakan sebagai hadiah penghargaan IK5 kepada penonton setia yang telah banyak memberi sokongan program ini disiarkan, iaitu pada 10 November lalu. Walaupun showcase bermula jam 2.00 petang, namun, kompleks membeli belah ini telah mula mengerumuni pentas untuk memilih tempat yang selesa untuk melihat persembahan para peserta IK5.

Suasana menjadi semakin "hangat" apabila Alyah muncul di showcase tersebut untuk melihat para peserta IK5 beraksi. Kehadiran Alyah yang dianggap sebagai "cikgu" ini telah menyuntik semangat kesemua peserta seperti An-Nur, Aina, Benladen, Darling, Farra, Haikal, Izwan, Marsha, Tisyia, Wana dan Zul.

Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan mengambil tanda tangan beliau sebagai kenangan. Bukan sahaja Alyah, malahan peserta cilik IK5 juga sibuk melayan peminat.

Program realiti kanak-kanak nombor satu negara ini telah membuktikan yang program ini mempunyai peminat dan daya tarikan yang tersendiri. Ini dapat dibuktikan menerusi pencapaian jumlah penonton yang meningkat setiap minggu menerusi konsert mingguan iaitu sehingga mencecah lebih 1.1 juta penonton walaupun stesen-stesen lain menayangkan program menarik yang lain.

Pada petang ini, mereka akan menghiburkan para pengunjung dengan lagu duet. Berikut adalah senarai lagu untuk konsert pertama Idola Kecil 5:

PESERTA LAGU NYANYIAN ASAL
Wana & Zul Begini Caranya Shaheizy Sam & Yana Samsudin
Marsha & Farra Jika Kau Tak Datang Dato' Siti Nurhaliza & Kris Dayanti
Darling & Izwan Kekanda Adinda Atilia & Monoloque
Aina & Ben Bawaku Pergi Zizan Razak & Kaka
Zul & Batrisya Terlanjur Cinta Rossa & Pasha Ungu
An-Nur & Haiqal Jahatnya Cinta Akim & Stacy
Kesemua 11 peserta Sedetik Lebih Anuar Zain
Kesemua 11 peserta Anak Kampung Jimmy Palikat & One Nation Emcees

Showcase yang akan diadakan pada 9 Disember ini turut memberi peluang kepada peminat-peminat kecil program ini untuk bergambar bersama kesemua peserta Idola kecil 5.

Keseronokan Showcase IK5 akan bermula dengan bermula dengan permainan atau gameshow oleh pihak krew TV9 dan diselang-selikan dengan soalan-soalan kuiz. Pelbagai hadiah menarik dan ekslusif turut disediakan kepada sesiapa yang menyertai aktiviti di pentas utama. Acara kemuncak showcase IK4 bermula apabila para peserta Idola Kecil 4 menghiburkan pengunjung semua dengan suara emas yang mereka miliki. Setiap daripada para peserta ini mempunyai bakat dan kebolehan tersendiri dan pastinya pengunjung yang hadir akan terhibur dengan persembahan mantap daripada setiap peserta nanti.

Untuk menambahkan lagi kemeriahan showcase ini, pengunjung juga berpeluang untuk bermesra dan bergambar bersama pelakon-pelakon yang kian popular masa kini iaitu Afiq Muiz, Erin Malik dan Izzue Islam. Ketiga-tiga mereka bakal menyerikan lagi slot Aurora TV9 berjudul Aishiteru pada setiap Khamis, jam 8.30 malam bermula pada 8 Disember ini.

Bagi penonton setia TV9, khususnya peminat Idola Kecil 5, inilah masanya untuk anda menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di samping bergambar kenangan dengan mereka. Bagi yang belum menonton Idola Kecil 5, pastikan anda membuat temu janji anda bersama kami pada setiap Sabtu jam 8.30 malam hanya menerusi TV9, saluran Di Hatiku (Astro 119).

Kepada yang ingin mengikuti maklumat terkini berkaitan IK4 serta aktiviti-aktviti yang dijalankan oleh peserta-peserta ini, layari laman web rasmi www.tv9.com.my/idolakecil5 atau facebook rasmi Idola Kecil Rasmi iaitu www.facebook.com/idolakecilrasmi. Selain daripada itu, anda juga boleh sentiasa mendengar maklumat terkini IK5 menerusi Geng Radio IK5 iaitu Hot FM. Pastikan juga anda tidak lupa menyaksikan siaran Idola Kecil 5 pada setiap Sabtu, jam 8.30 malam, hanya menerusi TV9 (saluran 119).

Pastinya, Hidup Penuh Semangat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan