Nuffnang

Khamis, 13 Disember 2012

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


FauziahSamad.com: CEPATNYA <b>DIANA DANIELLE</b> PREGNANT!

Posted: 20 Nov 2012 03:50 AM PST

Pagi tadi sebelum pergi kuliah, Nadia tanya soalan cepumas ini. "Mama, kalau kahwin selepas 16 hari boleh mengandung ker?" Oppps tercekik Kjee nak berkata2. Kjee pandang dia semacam. Dia ketawa.

"Nadia baca kat internet malam tadi...Diana Danielle dah pregnant! Is it possible just after 16 days?"

Wallahualam. Tak tau dan tak pernah dengar pulak. Itu semua kuasa Allah swt. Bunting pelamin agaknya. Zaman ini macam2 boleh berlaku.

Korang baca sendirilah.

PETALING JAYA: Pelakon popular, Diana Danielle mendapat perkhabaran gembira apabila dia disahkan hamil selepas 16 hari bernikah dengan pengarah filem dan aktor, Farid Kamil.

Menerusi laporan Kosmo! pada Selasa, berita tersebut dikongsi oleh pasangan selebriti itu menerusi gambar alat ujian kehamilan Diana yang dimuat naik dalam laman sosial Twitter dan Instagram mereka.

"Hadiah ulang tahun kelahiran yang paling bermakna. Terima kasih kepada Allah S.W.T.," ucap Diana yang dipetik menerusi laman Twitter.
Diana memuat naik gambar alat penguji kehamilan dalam laman Twitter dan Instagram.

Bagaimanapun, usaha Kosmo! untuk mendapatkan kenyataan lanjut mengenai berita kehamilan itu gagal kerana Farid dan Diana tidak menjawab panggilan telefon.

Pada 3 November lalu pasangan selebriti itu telah selamat bernikah dalam upacara yang berlangsung di Hotel Flamingo by The Lake, Ampang.

Majlis resepsi pasangan itu pula akan diadakan pada 30 November ini di Kuala Lumpur dan diikuti dengan majlis di pihak keluarga Farid di Jitra, Kedah pada 12 Disember.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan