Nuffnang

Khamis, 13 Disember 2012

Faezah Elai - Google Blog Search

Faezah Elai - Google Blog Search


Hamil 5 Bulan, <b>Faezah Elai</b> Berehat Berlakon

Posted: 11 Sep 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 11 SEPTEMBER 2012: Pelakon, Faezah Elai akui dia kini sedang berehat sepenuhnya daripada menerima apa jua tawaran berlakon sehingga selamat melahirkan anak sulungnya kelak.

Faezah Elai yang kini hamil 5 bulan memberitahu dia membuat keputusan demikan selepas menyedari sejak hamil dia jadi cepat penat dan malas untuk bersiap atau bersolek jika ianya menuntutnya berbuat demikian.

"Saya sudah berehat daripada berlakon selepas saya disahkan hamil 2 bulan yang lalu dan kali terakhir saya menjalani penggambaran adalah drama Andai Ku Tahu. Sejak hamil, saya jadi cepat penat dan malas untuk melakukan apa-apa.

"Jadi saya buat keputusan untuk berehat sahaja dan tinggal di rumah. Lagipun saya mengalami alahan yang teruk buat masa sekarang ini. Saya tidak rasa boleh bekerja kerana saya jadi malas untuk melakukan apa-apa sehinggga malas untuk bersiap atau bersolek.

"Namun, jika saya perlu keluar untuk ke majlis saya paksakan diri juga untuk bersiapa dan bersolek. Cuma agak lambat dan melakukannya sedikit demi sedikit mengikut mood," katanya kepada murai.com.my selepas majlis ulang tahun RedComm, kelmarin.

Bagaimanapun, Faezah Eali memberitahu akan segera kembali berlakon selepas dia melahirkan cahaya matanya pada Februari tahun hadapan.

"Saya rasa saya akan segera kembali berlakon sebaik sahaja melahirkan anak. Rasanya saya tidak akan mengambil masa yang lama untuk kembali selepas bersalin. Lihat pada keadaannya nanti, tetapi saya yakin tidak akan menunggu anak saya besar untuk kembali berlakon," jelasnya lagi.

Faezah yang mendirikan rumahtangga bersama pengarah, Heykal Hanafiah pada 9 September lalu bakal muncul dengan filem Tanda Putera dan KL Zombie.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan