Nuffnang

Sabtu, 15 Disember 2012

Atilia - Google Blog Search

Atilia - Google Blog Search


<b>ATILIA</b> TANGGUH NIKAH AWAL TAHUN DEPAN | AMMBOI DOT COM

Posted: 29 Nov 2012 05:00 PM PST

Atilia Tangguh Nikah Awal Tahun Depan | Sebelum ini ada khabar angin yang menyatakan penyanyi Jazz, Atilia akan melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hatinya pada bulan Disember ini. Terbaru, anak kepada penyanyi popular sekitar 70-an hingga 90-an, Salamiah Hassan ni dengarnya bakal menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi.

"Memang kami ada rancang dan beritahu sebelum ini bahawa kami akan berkahwin pada Disember. Tetapi melihatkan kesibukan jadual saya yang penuh dengan pelbagai pertunjukan di hujung minggu sepanjang Disember, maka kami mengambil keputusan untuk menangguhkan dulu rancangan ini. Sayang pula nak tolak persembahan.

"Sebenarnya kami belum mendapat tarikh yang pasti untuk melangsungkan majlis. Cuma, mungkin kami akan berkahwin dan adakan majlis kecil-kecilan serta ringkas di rumah ayah saya sama ada pada bulan Januari atau Februari tahun depan. Setakat ini, tarikhnya belum pasti lagi. InsyAllah, apabila dapat tarikhnya nanti saya akan sebarkan melalui twitter untuk pengetahuan semua. Kami memang jenis orang yang suka buat kerja 'last minute'," kata Atilia sambil ketawa dalam laporan media hiburan online.

Sepanjang Disember ini, Atilia akan terbang ke China untuk urusan kerja pada 7, 8 dan 9 Disember dan selepas itu, dia akan terlibat dalam persembahan bersama Dato' Siti Nurhaliza untuk menjayakan konsert jazz. Atilia sebelum ini pernah berkahwin dengan Ariff Johan Abdul Aziz namun sayang rumah tangga yang dibina selama 10 tahun tidak berkekalan.

CARIAN BERKAITAN

  • sharnaaz ahmad dan ibu (2)
  • Senarai sekolah dengan keputusan upsr 2012 terbaik di johor bahru (2)
  • keputusan upsr2012 sek yag terbaik johor bahru (2)
  • bakal suami atilia (2)
  • asmidar tidak layak ke final (2)

Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan