Nuffnang

Sabtu, 15 Disember 2012

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


<b>Fizo Omar</b> Berdebar Berlakon Muzikal Ali Baba - Gua.com.my

Posted: 27 Nov 2012 08:00 AM PST

Pertama kali beraksi di pentas teater menerusi teater 'Siti Di Alam Fantasi', pelakon serta pengacara, Fizo Omar kini kembali dengan sebuah lagi pementasan teater berjudul, Teater Muzikal Ali Baba arahan Lokman Ghani.

"Ini kali kedua saya membuat teater namun kali ini ia lebih mencabar kerana wataknya agak berat. Saya akui agak berdebar memandangkan sebelum ini saya tidak pernah membawa watak utama dalam sesebuah teater," ujar Fizo yang memegang watak sebagai Ali Baba dalam teater yang pernah dipentaskan pada tahun 2006 ini.

Berkongsi cabaran yang bakal dihadapinya, pengacara program 'Nasi Lemak Kopi O' ini memberitahu, "Bagi saya, untuk menyanyi dan menari adalah satu cabaran buat saya. Berlakon tidak ada masalah buat saya dan menari itu bolehlah sikit-sikit. Cuma saya agak merisaukan saya ialah saya memang tak boleh menyanyi, jadi tak tahulah macam mana nanti.

"Selain itu, sebagai pelakon teater, cabaran dia lebih besar kerana dalam masa dua jam di atas pentas, semua benda kita nak kena ingat. Walau bagaimanapun, peluang ini saya anggap sebagai satu percubaan dan peluang untuk saya buktikan kebolehan saya."

Tambah Fizo lagi, "Ini juga pertama kali saya buat teater dengan Pak Nil, jadi dengan adanya beliau serta kewibawaannya, saya dapat rasa kehadirannya akan memudahkan lagi perjalanan saya dalam teater ini."

Jangan lepaskan peluang menyaksikan lakonan Fizo di samping Pak Nil (Ketua Penyamun), Elfira Loy (Marjinah), Ebby Yus (Kassim Baba), Najua P. Ramlee (Aloyah), Zarina Raja Lawak (Nursiah), Danish Zakwan (Sarjan) dan Aziz M. Osman (Baba Mustafa) dalam teater muzikal Ali Baba yang bakal dipentaskan bermula 21 hingga 29 Disember depan di Panggung Sari, Istana Budaya. Tiket berharga RM30, RM50, RM70 dan RM100 boleh didapati di kaunter Box Office, Istana Budaya atau www.ticket2u.biz.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan