Nuffnang

Khamis, 20 Disember 2012

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


Usah Pertikai Kehamilan Saya – <b>Diana Danielle</b> |

Posted: 09 Dec 2012 05:28 PM PST


Hati manusia mana yang tidak sedih apabila kehamilan sendiri dipertikai. Abang Nara faham perasaan gundah gulana Diana Danielle sekarang. Niatnya hanya mahu berkongsi berita gembira mengenai kehamilan, sayangnya banyak pihak yang mempersoalkan status kandungannya.

diana danielle hamil

Mana-mana wanita pun akan sedih apabila dituduh terlanjur sebelum nikah dan kononnya telah hamil sebelum sah menjadi suami isteri. Bagi Abang Nara, tak perlulah semua itu diperkatakan. Cukup ucapan tahniah dan doa agar kehamilan itu dipermudahkan sehingga bersalin kelak. Tak ke gitu?

dd
Membaca kata-kata Diana Danielle di dalam BiPop semalam, Abang Nara dapat rasa betapa sedihnya jiwa Diana Danielle. Kasihan sungguh padanya. Sudahlah mengandung, stress pula dengan tohmahan yang bukan-bukan. Sedikit petikan untuk anda semua di bawah:-

Apa pun orang nak bercakap mahupun mempertikai pernikahan saya dan Farid, jawapannya mudah sahaja, jodoh kami dah sampai. Apabila kami mempercepatkan pernikahan dan membuat pengumuman mengenainya, ramai pula yang tak puas hati. Mereka beranggapan macam ada sesuatu. Orang berkata kononnya usia kandungan saya lebih lama daripada tempoh pernikahan. Orang mempersoal baru 16 hari nikah takkan dah bunting pelamin? Tapi apabila Allah beri kami rezeki yang saya dan Farid sendiri tak jangka, takkan nak menolak? Biarlah orang nak bercakap apa sahaja. Kalau saya nafikan sekali pun, orang akan tetap bercakap, seperti mana yang mereka fikirkan. Mereka tidak percaya apa yang saya jelaskan, sebaliknya lebih mempercayai spekulasi. Jadi cakaplah selagi mereka belum puas. Saya tak mampu nak tutup mulut semua orang.

Kepada Diana Danielle, bertabahlah. Biarlah orang nak kata apa, yang penting anda sihat, kandungan anda sihat dan Farid Kamil sentiasa ada di sisi anda sepanjang kehamilan ini. Kepada pembaca BeautifulNara, marilah sama-sama kita doakan kebahagiaan pasangan pengantin ini. Amin ~~

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan