Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search |
Saya Berani Kerana Benar – <b>Sharnaaz Ahmad</b> | Posted: 05 Nov 2012 11:08 PM PST Nampaknya episod persengketaan antara Sharnaaz Ahmad dan penerbit filem S. Baldev tidak akan menemui penghujungnya dalam masa terdekat ini. S. Baldev sebelum ini meminta Sharnaaz membuat permohonan maaf secara terbuka kerana meninggalkan lokasi penggambaran filem Darah Panas pada 5 Oktober lalu. Bukan kerana keras kepala, Sharnaaz hari ini menerusi Berita Harian memberitahu yang dia enggan menurut kehendak S. Baldev. Menurut Sharnaaz, dia sudah pun memohon maaf kepada semua kru produksi ketika penggambaran filem berkenaan. Bagi Sharnaaz, itu sahaja sudah mencukupi.
Yang penting, Sharnaaz berasa dirinya berada di pihak yang benar. Malah Sharnaaz enggan bersemuka dengan S. Baldev untuk menyelesaikan kemelut ini. Keyakinan Sharnaaz jelas terserlah apabila menyatakan dirinya sanggup disaman.
Abang Nara lihat Sharnaaz ini seorang yang berprinsip dan berpegang kepada pepatah "berani kerana benar, takut kerana salah". Kalau betul kita tak buat salah, nak takut apa kan? Teruskan perjuangan anda Sharnaaz. Jangan mudah diperkotak-katikkan oleh pihak lain. P.S: Kura-kura terkecil di dunia ini. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan