Nuffnang

Khamis, 20 Disember 2012

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


Maya Karin Mengaku Keluar Makan Dengan <b>Remy Ishak</b> | Sensasi <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2012 10:00 PM PST

Semasa Majlis Tayangan Filem Lagenda Budak Setan 2 Katerina anjuran Vono pada 7 Disember lalu di TGV Wangsa Walk, Budiey sempat bertanyakan pelakon Maya Karin yang memegang watak Katerina berkenaan dengan gosip yang mengatakan Maya Karin kini kembali rapat dengan Remy Ishak.

Menurut Maya Karin, beliau akui dia ada berjumpa dengan Remy ishak tapi atas hubungan mereka atas dasar kawan biasa. Tidak lebih dari itu. Kebetulan Remy Ishak ada merancang membeli rumah, jadi Maya Karin ada memberikan tips untuk memilih perabut dan juga susun atur rumah pelakon lelaki yang kacak itu.

Selebihnya, hubungan mereka setakat ini hanya sekadar kawan.

TONTON VIDEO PENGAKUAN MAYA KARIN:

Komen Remy:

Semasa Budiey bertemu dengan Remy Ishak sehari selepas itu di perlawanan persahabatan media dan Star Dashing, Remy Ishak tidak mahu mengulas lanjut tentang hubungannya dengan Maya Karin.

Apa-apa pun, semoga hubungan mereka ini kekal sebagai kawan. Ramai peminat yang mendoakan yang terbaik untuk kalian.

Menyentuh tentang karier, Maya akui dirinya sangat kesuntukan masa untuk diri sendiri gara-gara terlampau sibuk dengan dunia lakonan dan tawaran menghadiri pertunjukan makan malam (dinner show).

Dalam perkembangan lain, Maya Karin mengkhabarkan kepada Budiey, pada bulan Mac 2013, dia ditemani adik perempuan akan ke Finland dan Berlin untuk travel dan di Berlin, Maya akan mengunjungi keluarganya di sana.

Temubual Eksklusif Budiey Bersama Maya Karin Karier 2013

Video Maya Karin di Makan Malam bersama Peminat anjuran Tilam VONO

Gambar semasa Maya Karin di Makan Malam Bersama Peminat sementara menanti tayangan filem Lagenda Budak Setan 2 Katerina.

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Komen via Facebook

Komen

Tiada ulasan:

Catat Komen