Nuffnang

Khamis, 20 Disember 2012

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


<b>ELLY MAZLEIN</b> DIDAKWA SUDAH BERKAHWIN DAN JADI ISTERI <b>...</b>

Posted: 06 Nov 2012 08:00 PM PST

Elly Mazlein Didakwa Sudah Berkahwin Dan Jadi Isteri Kedua VIP? | Nama Elly Mazlein memang sudah tidak asing dengan siri kontroversinya. Isu bertunang dengan VIP dan perkahwinan senyap-senyapnya dahulu reda selepas dia bertunang dengan pengarah filem Azmi Hatta, 37, pada 29 Mei 2011. Namun begitu, Elly Mazlein kembali heboh baru-baru ini. Semuanya gara-gara tidak memakai cincin pertunangan pada majlis pelancaran trailer filem terbarunya, Awan Dania The Movie pada pertengahan Oktober lalu.

Alasan 'terlupa' diberikan menambah spekulasi hubungan cintanya dengan Azmi. Seolah-olah ada berlaku gelombang besar di antara pasangan itu dan perlu disembunyikan kepada khalayak. Sikap berdolak-dalik yang dipamerkan pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi itu menyebabkan wanita ini kembali terperangkap dalam isu lapuk iaitu berkahwin dalam diam-diam.

Menurut laporan Utusan, Elly didakwa sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua kepada orang kenamaan (VIP) dari sebuah negeri. Nah, sebab itu Elly sengaja melengah isu cincin tunang dengan Azmi kerana sebenarnya hatinya sudah terisi dengan lelaki lain. Di manakah kebenaran gosip tersebut? Benarkah sandiwara terlupa memakai cincin pertunangan itu adalah senjata untuk mengaburi semua pihak dan menyembunyikan fakta kerana sebenarnya Elly sudah berkahwin?

"Tidak. Elly single seperti sebelum ini. Masih belum berkahwin dengan mana-mana lelaki sekali pun. Semua itu gosip semata-mata. Beginilah, cerita tentang Elly yang orang kata dah berkahwin senyap-senyap ini memang dah lama sangat. Sebab itu, apabila timbul lagi, Elly semacam dah kalis. Telinga Elly ini macam dah terbiasa dengan gosip yang tak diketahui hujung pangkalnya. Jadi, Elly anggap gosip itu seperti usikan manja. Lagi pun, dah 15 tahun Elly bekerja dalam industri ini. Banyak benda yang Elly lalui. Jadi tak guna Elly nak melatah. Terpulang pada orang lain mahu percaya atau tidak. Tapi Elly nak tegaskan di sini yang pengakuan Elly ini bukan sandiwara," bidas Elly Mazlein berhubung dakwaan mengatakan dia sudah bergelar isteri orang.

Ditanya apakah punca yang menyebabkan cerita itu tercetus, anak kelahiran Slim River, Perak ini ini mengangkat bahu. Kelihatan riak hairan di wajahnya bagaimana cerita tak baik tentang dirinya boleh tercetus.

"Elly maafkan kepada sesiapa yang mereka cerita ini dan sebarkannya. Elly tak nak sesakkan fikiran Elly untuk perkara tak berfaedah macam ini. Lagi pun memang Elly jenis tak ambil kisah dengan gosip. Buatlah sebanyak mana sebab memang Elly tak akan cerita gosip terutama di laman web. Di situ banyak tak betul daripada yang betul. Orang boleh tulis spekulasi macam-macam tentang sesiapa terutama artis tanpa batasan.

"Untuk Elly pula, selalunya ada individu lain bertindak sebagai penapis cerita. Macam rakan terdekat Elly, mereka akan beritahu kalau ada cerita tak betul tentang Elly. Itu lagi lebih baik daripada Elly ambil tahu secara langsung apa yang orang cakap tentang Elly bukan?," soal wanita ini yang mengakui tidak mempunyai sebarang akaun laman sosial dan hanya menggunakan nombor telefon dan e-mel (elly_mazlein@yahoo.com) untuk urusan kerjayanya.

Jadi adakah penyanyi yang bakal menyambut hari jadi ke-32 pada 17 Disember ini pernah terfikir untuk menyegerakan majlis perkahwinannya agar soalan tentang status dirinya itu tidak dijadikan bahan bualan masyarakat?

"Kadangkala Elly terfikir juga tentang itu. Tapi Elly tak boleh penuhi kehendak orang lain sedangkan ada perkara lain yang belum selesai. Jadi berilah sedikit ruang kepada Elly untuk bagi keutamaan pada perkara yang sewajarnya satu persatu. Elly juga berharap agar semua dapat mendoakan agar hubungan Elly dengan Azmi berjalan lancar," katanya penuh harapan.

Mengikut perancangan, Elly dan Azmi bakal disatukan sebagai suami isteri pada Februari lalu, namun disebabkan kesibukan jadual kerja, tarikh tersebut ditunda sehingga Disember depan. (Sumber – Utusan)

CARIAN BERKAITAN

  • cerita tentang tunang elly mazlin (3)
  • abby abadi berkahwin (2)
  • elly mazlin (2)
  • GAMBAR ELLY MAZLEIN (2)
  • elly mazlein dulu dan sekarang (2)

Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan