Elfira Loy - Google Blog Search |
Adik Bertudung, <b>Elfira Loy</b> Kena Tempias - Gua.com.my Posted: 27 Dec 2012 06:54 PM PST Penampilan pelakon muda Ezlisa Loy yang cantik mengenakan hijab sewaktu pelancaran drama 'Debunga Lalang' semalam, cukup menarik perhatian GUA untuk bertanyakan lebih lanjut cerita di sebalik imej baru beliau. Ezlisa yang juga adik kepada pelakon wanita yang semakin meningkat naik di Malaysia, Elfira Loy, sudi berkongsi kisah sebenar yang membawa kepada penghijrahan tersebut. "Sebenarnya saya baru sahaja memakai tudung bermula bulan ini (Disember). Malah tak ramai kawan-kawan yang tahu sebab sekarang kan musim cuti sekolah. Tak ada sebab tertentu pun kenapa saya tampil dengan imej ini cuma hati saya tergerak untuk mengenakan hijab. Cuma ada juga peminat yang mula tanya bila giliran kakak (Elfira Loy) pula nak berhijrah," ujar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 ini. "Alhamdulillah. Sejak pakai tudung ini, rezeki dalam bidang lakonan pun makin murah. Saya pada awalnya tak kisah kalau tawaran berlakon tak sebanyak dulu kerana mungkin watak yang diberikan tak sesuai dengan penampilan baru saya ini. Saya bersyukur kerana keluarga dan kawan-kawan rapat menyokong penghijrahan saya. "Lagipun, penglibatan saya dalam bidang lakonan adalah untuk kepuasan diri sendiri. Bayaran yang saya terima boleh saya gunakan untuk beli barang yang saya mahu tanpa perlu guna duit mak ayah saya. Ibu memang ajar kami adik-beradik untuk berdikari dan melalui lakonanlah saya dapat cari duit poket saya sendiri," tambah gadis berusia 16 tahun ini. Menurut Ezlisa lagi, tahun 2013 merupakan tahun yang penting untuk dirinya apabila bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bertekad untuk menyambung cita-citanya sebagai seorang chef terkenal, Ezlisa berhasrat menyambung pengajian dalam bidang seni kulinari. Minatnya terhadap bidang masakan mendorong beliau untuk terus mengejar cita-citanya ini. Bakal muncul dalam drama 'Nana Nini Nunu' terbitan RTM, Ezlisa berkata tahun hadapan beliau akan lebih selektif memilih tawaran berlakon mengikut masa yang sesuai. Telefilem menjadi pilihan utama kerana tidak memerlukan beliau untuk mengambil cuti lama dari persekolahan. Apa-apapun GUA doakan agar penghijrahan ini kekal dan Esliza dapat mencapai segala impian yang diidamkan. Kredit gambar: Malaysian Digest/Faisol Mustafa |
You are subscribed to email updates from Elfira Loy - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan