Nuffnang

Sabtu, 29 Disember 2012

Ezany Nizariff - Google Blog Search

Ezany Nizariff - Google Blog Search


<b>Ezany Nizariff</b> & Sheera Iskandar Dalam Telemovie Imam | Sensasi <b>...</b>

Posted: 27 Dec 2011 04:28 AM PST

Cabaran Sebagai Imam Muda Dalam Telemovie Imam Di TV1

Memaparkan pancaroba dan dugaan hidup seorang Imam muda, Salahuddin yang berperwatakan sederhana, berfikiran jauh dan moden dalam amalan keagamaannya dan penampilannya. Dia perlu menghadapi tohmahan dan dugaan dari masyarakat di sekelilingnya. Namun jiwanya tetap kental dalam mempertahankan apa yang perlu diperjuangkannya.

Membariskan pelakon Ezany Nizariff, Sheera Iskandar, Ajak Achika, Riz Amin, Josie Khoo dan Ben Kenobi, kisah menarik sarat pengajaran ini melatari telemovie bertajuk "Imam" yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 30 Disember 2011, jam 10.30 pagi menerusi TV1.

telemovie Imam

Ia antara lain mengisahkan watak Salahuddin yang berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Al-Azhar Mesir telah dilantik sebagai Imam oleh Majlis Agama Islam Negeri di kampung kelahirannya. Perwatikahan itu mengundang kontrovesi oleh mereka yang begitu memandang rendah akan kebolehan dan kelayakan Salahuddin.

Segala tindak tanduk Salahuddin sentiasa menjadi isu yang mengundang keaiban. Yang lebih memeritkan adalah tomahan dari sekumpulan pengamal ajaran sesat yang sentiasa merasakan diri mereka betul dan lebih memahami Islam berbanding Salahuddin.

Lebih-lebih lagi dari Pak Deraman yang sebelumnya telah melantik dirinya sendiri sebagai Imam kampung setelah Ayah Salahuddin, Imam yang sah telah lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Pak Deraman mendapat sokongan dari sekumpulan puak yang taksub dengan kehebatan diri mereka dalam amalan keagamaan. Yang sebenarnya mereka adalah pengamal ajaran sesat yang baharu sahaja mahu bertapak di kampung tersebut.

Berbagai cara dilakukan mereka termasuk menghasut orang kampung memulaukan Salahuddin sebagai Imam. Selain itu mereka juga telah mencederakan Salahuddin pada satu ketika. Hasutan itu juga telah memberi kesan apabila Salahuddin mendapati Jemaah Masjid semakin kurang dan akhirnya tinggallah dirinya seorang sahaja walaupun sekali-sekali dia akan ditemani oleh sahabat karibnya, Irfan yang merupakan pengusaha kolam ikan yang berjaya.

Selain itu Salahuddin juga berhadapan dengan konflik dalam keluarganya apabila Abang kandungnya, Salleh terlibat dalam aktiviti penyalah gunaan dadah. Salleh terjebak dengan perkara itu setelah tertekan dan kecewa apabila ditinggalkan tunangnya.

Keadaan Salleh yang begitu menyedihkan telah membuatkan Salahuddin cuba membantunya dengan kaedah perubatan Islam. Walau ada ketikanya Salleh tidak menyukai apa yang cuba dilakukan oleh Salahuddin namun akhirnya apabila ia memberi kesan pada Salleh, dia mula sedar apa yang berlaku pada dirinya sebelum ini adalah kesan dari kesilapannya sendiri.

Bibit-bibit cinta berlandaskan nilai keIslaman juga dipaparkan melalui hubungan antara Salahuddin bersama Balqis. Mereka sebenarnya adalah teman rapat semenjak dari kecil lagi dan membesar bersama sebelum memilih haluan masing-masing dan kembali dipertemukan. Balqis kini adalah seorang Guru Sains di sebuah Sekolah Rendah Agama berhampiran kampung.

Pun begitu konflik keluarga membataskan hubungan mereka apabila Ayah Balqis iaitu Pak Deraman telah cuba menjodohkan Balqis dengan ketua kumpulan ajaran sesat tersebut. Semua itu terpaksa dilakukan semata-mata atas perjanjian mereka yang telah menyokong Pak Deraman dilantik sebagai Imam.

Lalu bagaimanakah kesudahan bagi Salahuddin? Mampukah dia meyakinkan orang kampung? Apakah pula penghujung cerita bagi Salleh dan berjayakah kebenaran menyatukan cintanya bersama Balqis?

Babak dalam Imam

kemunculan Ezani dalam Imam

Komen via Facebook

Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan