Lisa Surihani - Google Blog Search |
<b>Lisa Surihani</b> Mohon Maaf | Posted: 08 Oct 2012 07:31 PM PDT Lisa Surihani membuat permohonan maaf? Untuk apa pula perlu memohon maaf? Melalui mStar Online, Lisa menyatakan permohonan maaf tersebut kerana muncul laporan yang menyatakan Lisa enggan bergambar dengan peminat semasa menjalani penggambaran di sebuah balai.
Lisa, yang mempunyai 2.1 juta peminat di Facebook, menambah pada masa itu dia serba salah kerana terpaksa memilih untuk memberikan tumpuan kepada wataknya dan tidak mahu menjejaskan masa yang diperuntukkan pihak produksi. Tambahnya lagi, walaupun produksi tidak kisah jika dia meluangkan sedikit masa untuk bersama peminat, sebagai seorang pelakon dia perlu menghormati masa mereka.
Begitulah ceritanya dari pihak Lisa. Apa pun kepada peminat tersebut diharap penjelasan Lisa akan menjernihkan keadaan. Secara peribadi, kami berpendapat jika seorang artis itu sedang bekerja atau melakukan hal personal (membeli-belah, melancong dsb.) lebih baik jika kita hormati kerja dan privasi mereka, tak gitu? Ada masa yang sesuai untuk meminta bergambar dengan mereka, misalnya di sesi khas dengan peminat atau sesi promosi hasil kerja mereka. Jika anda ada pendapat lain, anda dialu-alukan menulis di ruangan komen. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Lisa Surihani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan