Faezah Elai - Google Blog Search |
Debaran <b>Faezah Elai</b> bergelar ibu – Perak Today Posted: 30 Sep 2012 08:40 AM PDT CERITA pembuangan bayi yang dilaporkan di akhbar meruntun naluri keibuan wanita ini. Hatinya pilu dengan perangai manusia yang tegar membunuh darah daging sendiri. Pelakon yang sedang hamil lima bulan hasil perkongsian hidup bersama pengarah drama Mohamad Heykal Mohd. Hanifah, 38, ini bertambah rengsa tatkala mengenang perangai segelintir wanita hari ini yang ambil mudah soal pergaulan sehingga melahirkan anak luar nikah. "Apa yang ada di kepala si ibu bila buang hidup-hidup anak mereka. Kenapa tak fikir masak-masak sebelum buat benda terkutuk itu? Bukan saja saya, semua wanita yang pernah mengandung di luar sana akan terasa apabila membaca berita pembuangan bayi. "Saya memang cukup marah dengan ibu yang sanggup buat perangai macam itu. Tak ada akal. Anak orang kita sayang, apatah lagi anak sendiri," kata Faezah Elai, 29, beremosi pada pertemuan baru-baru ini. Sayang anakPelakon ini mendirikan rumah tangga pada 9 September tahun lalu dan mempunyai tiga anak tiri iaitu Luqman Haqeem, 12, Sarah Heyrissa, 10, dan Luq Adam Heydhani, 3 tahun. Bagaimanapun prinsip hidup Faezah iaitu tidak suka mengasingkan kasih sayang anak-anak Heykal berjaya mengharmonikan rumah tangganya. "Saya memang suka budak-budak. Pernah juga berangan nak bagi penjagaan dan pendidikan terbaik kalau ada anak sendiri. Jadi bila dapat tahu saya hamil awal Jun lalu, perasaan saya berdebar tiba-tiba. "Mampukah saya jaga anak-anak dengan baik sehingga mereka dah besar nanti? Macam mana kehidupan mereka nanti dan macam-macam yang saya fikirkan. "Sebab itu, sebagai bakal ibu, saya kena rancang secara teliti. Saya nak beri yang terbaik untuk anak saya nanti meski pun saya tahu tanggungjawab untuk jaga anak itu bukan satu kerja mudah," janjinya. Ditanya apakah yang lebih membimbangkan sewaktu sedang hamil hari ini? Pelakon filem Tanda Putera yang sedang berehat sementara dari dunia lakonan ini berkata: "Saya tak suka menyusahkan orang sebab itu saya perlahankan aktiviti seni. Jadi baik tak payah ambil job, duduk saja di rumah. Lagi pun, doktor mahu saya beri perhatian sepenuhnya pada kandungan dan tak boleh aktif". Mengulas tentang alasan mengapa Faezah sengaja menyembunyikan kehamilan pada awal usia kandungannya, wanita ini memberitahu dia tak mahu menghebohkan. Ringkasnya: "Tak ada peliknya bila wanita yang sudah berkahwin itu hamil. Itu perkara normal. - UTUSAN |
You are subscribed to email updates from Faezah Elai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan