Nuffnang

Ahad, 16 Disember 2012

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


Anuar Zain Mahu Isteri Seperti <b>Nora Danish</b>

Posted: 19 Nov 2012 09:50 AM PST

..
Lelaki mana yang tidak terpikat dengan kecomelan aktres Nora Danish. Begitu juga dengan penyanyi Anuar Zain yang mengakui wajah seperti pelakon yang mula popular menerusi sitkom Puteri itu merupakan antara ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan isteri.

Bercakap kepada mStar online, penyanyi berusia 42 tahun ni berkata, dia mula tertarik dengan Nora sejak kemunculan awal pelakon itu menerusi sitkom tersebut.

"Nora memiliki wajah dalam kriteria wanita idaman saya yang feminin dan lembut. Saya tidak menolak takdir sekiranya dijodohkan dengan Nora," kata Anuar.

Bagaimanapun, tambah Anuar, perhubungannya dengan Nora tidak lebih daripada seorang rakan kerja kerana wanita itu menjadi pasangannya dalam klip video Ajari Aku.

Anuar juga berkata dia tidak memikirkan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan ibu beranak satu itu.

Dalam perkembangan lain, Anuar bakal mengadakan konsert solonya pada 16 Februari 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, dekat sini pukul 8.30 malam.

Konsertnya yang diberi nama Anuar Zain-Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari itu dianjurkan oleh Anuar Zain Network Sdn Bhd dan syarikat rakaman Universal Music. Ia merupakan konsert sulung Anuar selepas 30 tahun berada dalam industri seni muzik tempatan.

- http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/11/20/mstar_hiburan/20121119200333&sec=mstar_hiburan
-mD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan