Nuffnang

Isnin, 31 Disember 2012

Kilafairy - Google Blog Search

Kilafairy - Google Blog Search


<b>Kilafairy</b> Jual Barang Rosak Kepada Pengguna? | MyNewsHub

Posted: 31 Dec 2012 12:58 AM PST


KUALA LUMPUR – Berkesempatan menjual barang-barang di Femes Bazaar, Rasta, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) minggu lalu membuatkan pelakon dan penyanyi wanita, Syakila Nisha Jangir Khan atau Kilafairy dilabelkan sebagai penipu.

Ini kerana terdapat beberapa pembeli yang membeli barang-barangnya ketika jualan itu berlangsung mendakwa barangan yang dibeli tidak berkualiti atau rosak.

Namun, menurut cakap Kilafairy yang dipetik dari Buahmulut.com, Kilafairy berkata, dia tidak menerima sebarang makluman negatif mengenai barang-barang atau pakaian yang dijual dari para pembelinya.

Kata Kilafairy, dia hanya menerima makluman positif sahaja dari pelanggan-pelanggannya.

"Saya pun tidak pasti kalau ada barang ataupun pakaian yang dijual itu tidak berkualiti. Setakat ini maklum balas yang saya terima semua mengatakan 'ok'.

"Malah ada yang kata barang yang dibeli dari saya itu lebih cantik dari dalam gambar yang mereka tengok," kata Kilafairy.

Kilafairy mengakui dia tidak mengetahui bagaimana cerita mengatakan dia adalah penipu boleh timbul.

Tetapi, sekiranya benar dakwaan yang mengatakan barang-barangnya tidak berkualiti, anak gadis kepada penyanyi Rohana Jalil itu meminta maaf atas kekhilafan dirinya.

"Jadi timbulnya isu kata saya tipu pembeli dengan jual barang tidak berkualiti, saya pun tak tahu macam mana. Apa yang boleh saya katakan saya mintaf maaf kalau benar apa yang dikatakan oleh pembeli tersebut.

BACA: Shila Amzah Dikecam Kerana Sebijik Burger McDonalds!

"Saya akui saya jual barangan dan pakaian yang murah dibawah RM150. Jadi saya pun tak boleh nak jamin sangat pasal kualiti," katanya.

Pun begitu, Kilafairy tidak melatah dengan cerita negatif yang timbul kepada dirinya.

Bagi Kilafairy, maklum balas yang diterima seperti itu dapat memperbaiki kebolehan dirinya dalam menjalankan perniagaan.

"Tapi elok juga kalau ada maklumbalas yang macam ini. sekurang-kurangnya saya tahu bukan semua barang yang saya jual itu bagus," terang Kilafairy.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Komen