Nuffnang

Isnin, 31 Disember 2012

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


Konsert Berjaya, <b>Shila Amzah</b> Selamat Tiba Di China

Posted: 30 Dec 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 30 DISEMBER 2012: Seperti yang dijadualkan, Konsert Shila Amzah sempena Malam Gala Amal Pamoga-Gaza anjuran pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Dr Hasmiza Othman atau Hajah Vida telah sempurna diadakan di Imperial Ballroom, Hotel One World, Petaling Jaya, malam tadi.

Walaupun baru sahaja pulang daripada Miami, Shila Amzah kini telah selamat tiba di tanah besar China bagi memenuhi undangan nyanyian untuk konsert countdown sempena malam tahun baru yang bakal diadakan di Shanghai, Isnin ini.

Dia yang tergesa-gesa sebaik sahaja berakhirnya konsert malam amal Pamoga-Gaza itu masih sempat meluangkan beberapa ketika menjawab soalan media dan bertemu peminat yang menunggu juara Asian Wave 2012 itu sebaik berakhirnya persembahannya.

"Saya suka bekerjasama dengan Datuk Dr Vida kerana dia seorang yang sangat bermurah hati, bukan senang dan murah nak menganjurkan konsert seperti ini. Syukur dan terima kasih kepada Dr Vida kerana memberi peluang ini.

"Sekarang saya akan berlepas ke Shanghai untuk konsert pada malam tahun baru dan selepas pulang saya dari Shanghai saya akan terus ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 2012. Kiranya persembahan untuk AJL saya akan berlatih ketika berada di Shanghai.

"Persiapan bagi AJL pula, InsyaAllah saya akan lakukan dengan baik walaupun dalam masa yang suntuk ini. Selepas AJL pula saya akan balik ke Shanghai untuk jangkamasa lebih kurang sebulan,"ujar Shila yang ditemui sebelum berlepas ke Shanghai, malam tadi.

Di konsert sempena malam Gala Amal Pamoga-Gaza, Shila telah membawakan lagu-lagu yang menjadi kekuatan dan dendangannya semenjak daripada awal kemunculannya. Masa 1 jam 30 minit dimanfaatkan penyanyi itu bagi menghiburkan tetamu yang hadir.

Antara yang jadi pilihan Shila adalah Ibu, Kau Yang Teristimewa, Memori, Tercipta, Penawar Rindu, Penasaran serta lagu berbahasa Mandarin seperti Forever Love dan Zheng Fu. Dia turut mendendangkan lagu idolanya, Because You Love Me daripada Celine Dion dan Nirmala oleh Datuk Siti Nurhaliza.

Ibunya, Fauziah Sarman ketika dihubingi turut memaklumkan bahawa mereka akan pulang pada 3 Januari ini. Kini Shila telah selamat tiba di Shanghai pada jam 6.20 pagi tadi. Ibunya juga memohon maaf kerana tidak dapat meluangkan masa yang lama selepas konsert untuk ditemubual kerana mereka harus segera ke lapangan terbang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan