Nuffnang

Isnin, 31 Disember 2012

Scha Alyahya - Google Blog Search

Scha Alyahya - Google Blog Search


<b>Scha Alyahya</b> Duta Baru Avon Ganti Fazura | OHBULAN!

Posted: 30 Oct 2012 02:02 AM PDT


Terkenal dengan penjelmaan menerusi selebriti, produk rangkaian kosmetik Avon ini sekali lagi tampil memperbaharui penjenamaannya dengan melantik aktres yang bersuamikan pengacara popular Awal Ashaari iaitu Scha Alyahya untuk menjadi duta dan jurucakap untuk kesemua produk haruman terbaru Avon sekaligus menggantikan tempat aktres jelita, Fazura.

Demi memperkukuhkan jenama produk komestik Avon, Neelofa juga bergabung membantu Scha Alyahya untuk mengalas tanggungjawab yang diberikan. Cuma yang membezakan adalah bidang tugas dimana Scha ditugaskan untuk duta produk haruman Avon manakala Neelofa pula duta untuk produk kecantikan dan make-up yang lebih dikenali sebagai Avon Colors.

Selain daripada menjadi duta produk Avon, Scha Alyahya juga merupakan duta kepada produk kecantikan Bio- Essence, Petronas dan juga produk mee segera, Maggi.

5 Gambar terbaru <b>Scha Alyahya</b> yang comel dan cantik | ANa Ahmad

Posted: 05 Dec 2012 12:00 AM PST


Beberapa gambar terbaru Scha Alyahya yang comel dan cantik. Scha Alyahya semakin jelita dan ayu selepas berkahwin. Mungkin itulah kebaikannya kalau perempuan berkahwin daripada membujang.








Best regards,

LIKE , TWEET dan COMMENT daripada anda amatlah Ahmad hargai . Tq :)

<b>scha</b>-<b>alyahya</b>-nafi-mencuri-di-butik-hm-cabar-penyebar-fitnah - Budiey

Posted: 18 Oct 2012 06:27 PM PDT

Semasa Pelancaran Trailer Awan Dania The Movie yang diadakan di Cafe Barbera, Skypark Subang, Subang Airport, Subang semalam, pelakon Scha Alyahya diterjah dengan soalan tentang gossip yang dikaitkan dengan dirinya. Walaupun pada mulanya Scha Alyahya enggan memberikan sebarang komen tentang gossip yang mengatakan Scha Alyahya telah mencuri baju di Butik H&M, Bukit Bintang berjumlah RM2,000 semasa Pelancaran Grand Opening H&M baru-baru ini, namun akhirnya Scha Alyahya telah buka mulut untuk membersihkan namanya dan suaminya Awal Ashaari yang tercalar.

Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya semasa hadir di Majlis Pelancaran Butik H&M, klik SINI

Scha Alyahya & Awal Ashaari di H&M Lot 10

Kelihatan Scha Alyahya agak stress, tegang dan agak berang dengan gossip yang menfitnah dirinya. Seperti memendam perasaan geram semasa soalan tentang gosip ini diajukan, Scha Alyahya menjelaskan, dia masih mampu memiliki apa yang diingini, bukan dengan cara mencuri seperti tuduhan yang dilemparkan kepada kepadanya.

"Saya pening sebenarnya. Ada yang mengatakan saya yang mencuri pakaian jenama itu dan ada yang kata Awal yang melakukan perbuatan itu.

"Walaupun saya tahu untuk orang mempercayai penjelasan saya sangat sedikit, tetapi saya mahu katakan bahawa saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak mungkin.

Pada September lalu, timbul gosip mengenai seorang pelakon terkenal yang dijemput menghadiri majlis pembukaan sebuah gedung pakaian telah mencuri beberapa helai pakaian yang bernilai RM2,000.

Selepas pelbagai spekulasi timbul, pasangan suami isteri itu dituduh mempunyai kaitan dengan gosip tersebut. Mereka dikatakan telah menjual semula pakaian tersebut di kedai milik mereka.

Walaupun Scha diarahkan pihak pengurusan butik terbabit agar tak mengeluarkan sebarang komen, namun Scha terpaksa juga memberikan penjelasan kerana tohmahan sedemikian dianggap melampau dan merosakkan reputasi dirinya sebagai selebriti dan artis.

Tambah Scha dia telah berjumpa dengan pengurusan gedung pakaian itu dan meminta pihak terbabit untuk membuat satu kenyataan khas bagi menjelaskan situasi sebenar.

"Saya siap tanya kepada mereka adakah benar kes kecurian itu berlaku? Tetapi mereka kata, tidak ada.

"Kemudian saya meminta pihak gedung berkenaan untuk melakukan sesuatu kerana nama kami sudah tercalar, namun mereka enggan membuat sebarang penjelasan secara formal kerana menganggap tiada sebab untuk mereka berbuat demikian."

Menurut Scha lagi:

"Scha masih mampu dan boleh berfikir, takkanlah Scha nak buat benda bodoh yang boleh merosakkan nama baik Scha sendiri. Sehari sebelum pembukaan gedung itu, Scha dan Awal diberikan dua beg pakaian setiap seorang. Dua hari selepas pelancaran pula, kami pergi lagi ke situ untuk membeli belah, tetapi tidak jadi beli sebab terlalu ramai orang. Jadi, kami pun keluar dari gedung butik tu."

"Kalau betul orang yang buat fitnah ini ada nampak dalam rakaman CCTV, sila tunjukkan bukti. Jangan main cakap saja tanpa sebarang bukti dan tulis dengan niat untuk memburukkan nama Scha."

Scha akui beliau sangat tertekan kerana dituduh dan kerana tak tahan dengan gosip ini, Scha telah mengambil keputusan untuk bertemu dengan pihak pengurusan gedung terbabit. Dia dimaklumkan tiada sebarang kejadian kecurian berlaku.

Malah, pihak gedung juga tak mengambil sebarang tindakan berhubung isu itu kerana dirasakan tiada kehilangan yang dilaporkan.

"Gosip ini hanya sekadar spekulasi dan mereka sendiri pun tak tahu nak ambil tindakan apa sebab tiada barang yang hilang. Mungkin di mata orang ia nampak kecil tapi perkara ini boleh merosakkan karier Scha."

"Scha tak boleh nak kata apa-apa bila orang bercakap mengenai hal ini. Cuma Scha sangat sedih dan terkilan sangat dengan gosip yang sangat melampau ini."

Scha kini sibuk menguruskan pembukaan butik pakaiannya sendiri iaitu Schapoholic di pusat membeli belah Wangsa Maju yang menjual pakaian dan aksesori wanita juga kasut lelaki dari Korea, Indonesia dan Thailand. Sumber: Berita Harian

Siapa agaknya yang sebar fitnah ni ya? Kalau tak silap ada blog yang sebarkan… kesian Scha, sampai demam dan jatuh sakit dibuatnya. Budiey harap Scha Alyahya bersabar dengan dugaan seperti ini ya.

Awal Asshari Scha Alyahya

Komen via Facebook

Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan