Nuffnang

Rabu, 23 Januari 2013

aizat amdan - Google Blog Search

aizat amdan - Google Blog Search


<b>Aizat Amdan</b> Rasa Tidak Layak Dalam Bidang Lakonan | ROTIKAYA

Posted: 20 Jan 2013 04:34 PM PST

Penyanyi, Aizat Amdan yang pernah membintangi filem Istanbul Aku Datang memberitahu dia tidak mahu fokus dengan bidang lakonan selepas ini kerana merasakan ada orang lain yang lebih layak untuk berlakon.

"Saya rasa ada orang yang lebih bagus dan layak berlakon daripada saya yang sekadar mencuba nasib di dalam bidang lakonan"

"Pada saya eloklah jika watak tersebut diberikan kepada pelakon yang sememangnya belajar mengenai lakonan berbanding saya yang lebih kepada nyanyian"

Ujar Aizat lagi, dia kini sedang sibuk menyiapkan album penuhnya yang bakal diterbitkan tidak lama lagi. Di dalam album tersebut terdapat 12 lagu dan kebanyakkan dari lagu tersebut ditulis olehnya.

"Apa yang pasti di dalam album saya nanti terdapat banyak kejutan dan saya cipta lagu untuk peminat sama-sama enjoy dengan saya di atas pentas — tiada lagi lagu syok sendiri," ujar Aizat Amdan.

Aizat turut memberitahu usia yang semakin meningkat banyak mendewasakan pemikirannya dari segi mencipta lagu.

"Jika dulu banyak lagu yang saya cipta ikut halwa telinga saya sahaja namun untuk lagu dalam album baru saya banyak mengenai kisah kehidupan dan lebih dewasa"

Menurut Aizat, persiapan albumnya sudah hampir 60 peratus siap dan dia sendiri tidak sabar untuk memperdengarkan kepada peminatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan