Nuffnang

Rabu, 23 Januari 2013

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


<b>Hans Isaac</b> Sasar 2014 Untuk Berkahwin | MyNewsHub

Posted: 23 Jan 2013 07:51 PM PST


KUALA LUMPUR – Sebelum ini, pelakon dan pengarah lelaki, Hans Isaac, 42, tidak terlalu memikirkan soal perkahwinan dalam hidupnya.

Dia memberitahu lebih selesa untuk hidup solo dan tidak terikat dengan ikatan percintaan.

Malah, menerusi laporan mStar Online, Hans Isaac memberitahu dia lebih meluangkan masa menjaga ibunya, Carmina Anciano Isaac, 74, yang sakit.

Pada 13 Ogos 2012, ibunya telah meninggal dunia dan kata Hans Isaac, sudah tiba masanya untuk dia memikirkan perkahwinan selepas dia menyindiri.

Hans Isaac telah pun mensasarkan tahun untuk dia berkahwina adalah pertengan tahun hadapan.

"Dua, tiga tahun lepas saya memberikan tumpuan penuh kepada ibu yang sakit dan meletakkan soal hubungan ke tepi buat seketika.

"Kini apabila ibu sudah tiada, tibalah masa untuk diri sendiri. Paling awal pun saya sasarkan untuk berkahwin pada pertengahan 2014," kata Hans Isaac.

Memikirkan alam perkahwinan bukanlah satu permainan, Hans Isaac mahu membuat keputusan yang kukuh sebelum mendirikan rumah tangga.

BACA: Juliana Evans Ucap Tahniah-Zizan

Hans Isaac tidak mahu nanti perkahwinan yang didirikannya nanti berakhir dengan perceraian.

"Saya memang hendak berkahwin tetapi soal kahwin bukan perkara yang boleh dibuat main-main.

"Saya mahu perkahwinan yang kekal bukan bercerai-berai selepas tempoh tertentu. Saya perlukan waktu dan pasangan yang sesuai," katanya.

Mengulas mengenai hubungan intim dengan pelakon wanita, Neelofa, Hans Isaac mengakui berkawan rapat dengan wanita muda itu.

Namun, dia tidak mahu terlalu mendedahkan cerita antara mereka berdua kerana khuatirkan perkara yang tidak elok bakal berlaku.

"Kami berkawan tetapi saya tidak mahu ulas lanjut sejauh mana hubungan kami.

"Jika hubungan itu berkesudahan dengan kebaikan atau keburukan, ia akan meninggalkan impak yang kurang manis kepada kami jika asyik bercerita mengenainya," beritahu Hans Isaac.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

<b>Hans Isaac</b> Kahwin 2014, Enggan Dedah Siapa Bakal Isteri

Posted: 23 Jan 2013 08:45 AM PST

Foto oleh Faisol Mustafa.Foto oleh Faisol Mustafa.
Melihat rakan-rakan baiknya yang kebanyakkan sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri, pelakon, pengarah dan penerbit Hans Isaac, 41, berkata memang terdetik di hatinya untuk melalui kehidupan bahagia seperti mereka. Mengakui dirinya seorang memilih namun Hans memberitahu dia sebetulnya sudah ada perancang dan mahu menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

"Siapa yang tak mahu kahwin. Tapi semua kawan saya kahwin masa mereka umur 44 tahun dan 45 tahun. Jadi saya rasa saya ada masa lagi. 

"Memang saya ada target bila nak kahwin. Tapi seperti yang semua tahu dua tahun sebelum ni fokus saya adalah pada ibu saya. Sekarang ibu saya sudah tiada. Jadi dah tiba masanya untuk saya fikirkan sesuatu yang baru dalam hidup saya.

"Target tu... mungkin hujung tahun ini atau setidak-tidaknya pertengahan tahun depan saya. Tapi nak kahwin ni pun saya kena fikirkan dengan siapa jodoh saya. Adakah keluarga saya dan keluarga jodoh saya menerima kami. Kahwin ni bukan perkara main-main. Saya takut bila tengok ada pasangan yang kahwin dan tak lama lepas tu bercerai. Jadi saya lebih rela tunggu lama miss right saya dan terus kami berkahwin", katanya kepada malaysiandigest.com ketika ditemui di majlis sidang media filem Lawak Ker Der 2, bertempat di hotel Premiere, petang semalam.

Ditanya sudahkah dia mempunyai calon isteri, sambil tersenyum pemilik nama sebenar Gerald Hans Isaac ni bagaimanapun enggan menjawab dan sekadar berkata,

"Saya tak boleh jawab. Ini bukan masanya untuk saya mengaku dan jangan buat saya berbohong (senyum). Saya belum bersedia nak kongsi apa-apa. Belum masanya. Dengan pengalaman kegagalan cinta yang saya alami lalu, saya sudah serik untuk bercerita lebih-lebih", ujarnya.

Status Dengan Neelofa
Seperti yang ramai sedia maklum sejak penghujung tahun lalu Hans dan pelakon juga pengacara jelita, Neelofa digosipkan bercinta. Meskipun sampai sekarang kedua-duanyaa lebih senang menyifatkan hubungan mereka sebagai kawan rapat.

Diasak dengan persolaan perkembangan hubungannya dengan pengacara Nona itu, Hans mengakui penat berdepan dengan pelbagai spekulasi yang timbul mengenai hubungan mereka.

"Seperti yang kami berdua pernah nyatakan yang kami berkawan. Persahabatan kami tu masih sama, kami rapat Kalau soal intim, kami tak pernah cakap yang kita berdua intim. Di tahap mana atau sejauh mana persahabatan kami, itu saya tak boleh cakap apa-apa. Saya berharap agar biar persahabatan kita berterusan dan kalau lanjut kepada sesuatu yaang anda semua nak dengar, masa itu saya akan beritahu.

"Apa yang boleh saya katakan kami rapat dan khlas dengan persahabatan ini. Kami banyak berkongsi macam-macam perkara.

Dalam pada itu Hans bakal muncul dengan filem terbaru terbitan syarikatnya Tall Order Production (TOP), Lawak Ker Der 2 pada 7 Mac ini. Dia juga berdebar menantikan filem lakonannya bersama Neelofa, Lemak Kampung Santan yang dijangka berada di pawagam pada 29 Mei depan. Selain itu, dia dan Harith Iskander sedang merancang untuk menghasilkan filem seorang tokoh terkemuka negara.

- mD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan