Nuffnang

Rabu, 23 Januari 2013

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search


Afiq AF5 Disingkir Daripada <b>Fabulous Cat</b> | MyNewsHub

Posted: 22 Jan 2013 11:51 PM PST


KUALA LUMPUR – Punca mengapa bekas pelajar Akademi Fantasia 5, Afiq digugurkan dariapada kumpulan The Fabulous Cat (TFC) secara tiba-tiba terjawab apabila dia dikatakan bersikap tidak jujur dan mempunyai masalah disiplin.

Senior Eksekutif Promosi Nova Music Sdn Bhd, Ruslan Moktar berkata mereka terpaksa mengugurkan Afiq kerana dia telah menyertai ahli kumpulan lain di sebuah lebel lain serta sudah pun mempunyai single dengan kumpulan itu.

"Baru-baru ini, tanpa pengetahuan Nova Music kami dapati Afiq telah muncul dengan single terbaru bersama kumpulan lain. Malah kumpulan nyanyian itu juga adalah daripada label lain.

"Sebelum ini, kami hanya diberitahu Afiq yang dia merakamkan lagu bersama kumpulan lain hanya sekadar suka-suka dan bukan muncul secara serius dalam bentuk single , lebih-lebih lagi dibawah label yang lain," katanya yang dipetik melalu Murai, di sini, hari ini.

Tambahnya, tindakan Afiq itu membuatkan pihak Nova Music merasakan tidak jujur dengan label kerana dalam masa yang sama dia juga turut merakamkan single bersama TFC.

Jadi pihak Nova Music dengan ini tidak boleh bertoleransi dengan sikapnya lebih-lebih lagi apabila dia juga mempunyai masalah disiplin kerja.

Menurut Ruslan lagi, sikap dan tindakan Afiq AF5 itu menyebabkan single terbaru berjudul Sebulatnya yang sudah dirakamkan penyanyi itu bersama TFC pada Disember lalu, terpaksa ditangguhkan dan digubah kembali.

Namun begitu, Ruslan memberitahu lagi, buat masa ini pihak Nova Music belum berkesempatan untuk berjumpa secara peribadi untuk mengugurkannya daripada label secara rasmi.

"Kami sedang mencari masa yang sesuai untuk bertemu dan menyelesaikan hal ini dengannya," katanya lagi.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan