Nuffnang

Rabu, 23 Januari 2013

Altimet - Google Blog Search

Altimet - Google Blog Search


Stay Cool - Isma AF & Cool Kids Krew feat. <b>Altimet</b> #Lirik <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2013 09:07 AM PST

Tajuk Lagu/ Song Title: Stay Cool
Artis/ Artist: Isma AF & Cool Kids Krew feat. Altimet
Album/ Info: -

Video Muzik/ Music Video: Stay Cool - Isma AF & Cool Kids Krew feat. Altimet
Youtube

Lirik Lagu/ Lyrics: Stay Cool - Isma AF & Cool Kids Krew feat. Altimet
Chorus:
Stay Cool, Stay Cool
Walau bergerak laju
Stay Cool, Stay Cool
Aku tenang bersama kamu
Stay Cool, Stay Cool
Walau bergerak laju
Kekal segar kekal aktif
Bila bersama cool kids krew

Verse 1: Atimet
Yeah mula hari baru
Terus ke depan tiada ragu
Sekelip mata masa berlalu
Jang kelip mata kalau kamu mahu
Melihat aku jadi teraju
Bukan sekali sekala memang selalu
Naluri aku tak biasa kaku
Minta buka jalan, saya nak lalu
Terus, (terus) cergas, (cergas)
Sebelum peluang terlepas
Harus, (harus) cerdas, (cerdas)
Sehingga tiada rakan sekelas

Chorus:
Stay Cool, Stay Cool
Walau bergerak laju
Stay Cool, Stay Cool
Aku tenang bersama kamu
Stay Cool, Stay Cool
Walau bergerak laju
Kekal segar kekal aktif
Bila bersama cool kids krew

Verse 2:
Yeah, bergerak lagi,
Dengan cita cita tersemat di hati,
Ke arah puncak kita berlari,
Mengejar yang kekal bukan pelangi
Aku membawa
Harapan impian ayah & mama
Aku empunya
Berkat restu dan doa mereka
Dan aku mahu
Mereka senyum bangga selalu
Melihat aku
Selalu kedepan tak berhenti maju

Sohaimi Mior Hassan Puji Bakat <b>Altimet</b>, Anna Rafali

Posted: 11 Oct 2010 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 11OKT 2010: Pasti ramai sudah mula meminati lagu yang berjudul Kalau Berpacaran sejak lagu itu dimainkan di beberapa corong radio tempatan. Lebih-lebih lagi, lagu itu dicipta dan dinyanyikan oleh tiga penyanyi dan komposer, Sohaimi Mior Hassan, Altimet dan Ana Rafali.

Uniknya lagu ini kerana ia sebuah lagu berbentuk nasihat daripada seorang ayah kepada anak gadisnya tentang hal-hal yang berkaitan dengan batas-batas dalam soal percintaan tetapi sewaktu sang ayah memberikan nasihat tersebut, anak gadisnya telah dihasut oleh syaitan supaya sentiasa mengikut landasan yang salah.

Apa yang menariknya lagu yang menggabungkan irama A Go Go dan Hip Hop ini telah dicipta dalam masa hanya tiga sewaktu Sohaimi, Altimet dan Ana menyertai Bengkel Cipta Ekspress anjuran Music Authors' Copyright Protection (MACP) yang diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 25 hingga 27 Mei lalu.

Selain Sohaimi Mior Hassan, Altimet dan Ana Rafali, Bengkel Cipta Ekspres ini turut disertai oleh ramai komposer serta penyanyi terkenal tanah air yang lain seperti Ramli Sarip, Zul Mahat, Julfekar, Omar K, Aizat, Rafidah 3R, Tessh RS, Noh Hujan, Nik Nizam dan Zimie Sofaz.

Bagaimana agaknya pengalaman mereka sewaktu dipertemukan serta digandingkan bersama menerusi lagu tersebut?

Komposer/Penyanyi, Sohaimi Mior Hassan

"Ini pengalaman pertama saya mencipta lagu dengan begitu pantas. Saya seronok melakukannya kerana ia berjaya menggabungkan composer dan penyanyi yang baru dan lama untuk menghasilkan sebuah lagu yang berkualiti dan menarik.

"Memandangkan saya pun dah lama tidak keluar dengan album serta mencipta lagu baru, mungkin inilah masanya untuk saya bermula kembali menyumbangkan karya saya sendiri kepada industri muzik tempatan.

"Lagu yang kami cipta ini merupakan lagu yang berbentuk nasihat. Di mana saya menjadi seorang bapa yang menasihat anak perempuannya agar menjaga perlakukan bila bercinta. Iramanya juga saya cipta mengikut trend sekarang yang lebih catchy

"Namun apa yang boleh saya katakan saya bangga dengan bakat yang ada pada Ana Rafali dan Altimet. Senang bekerja dengan mereka kerana masing-masing mempunyai idea yang fresh dan hebat sekali," kata Sohaimi.

Komposer/Rapper, Altimet

"Rasa bertuah sangat dapat bekerjasama dengan penyanyi senior seperti Sohaimi Mior Hassan ini. Senang sekali bekerja denghannya kerana dia memang seorang penyanyi dan composer yang sangat berpengalaman.

"Oleh itu, saya dan Ana hanya mengikut guideline daripada Sohaimi sahaja dan selebihnya kami hanya memikirkan bagaimana nak mencipta lirik bahagian masing-masing supaya liriknya relate serta mempunyai connection di antara satu sama lain.

"Terus-terang saya katakan, bengkel mencipta lagu ini sangat mencabar kerana kami hanya diberi masa tiga hari sahaja untuk mencipta sebuah lagu. Dalam lagu ini saya berperanan sebagai pengahsut atau orang ketiga di antara si ayah dengan anak gadisnya. Senang cakap jadi syaintanlah," kata Altimet.

Komposer/Penyanyi, Ana Rafali

"Wah, sangat best dan tak sangka dapat bekerja dengan karyawan seni yang berpengalaman seperti Sohiami berbanding saya yang masih baru dalam industry muzik ini.Saya rasa penciptaan lagu ini menjadi mudah kerana saya bersama dengan dua penyanyi yang sungguh berbakat seperti Sohaimi dan Altimet. Dalam lagu ini, saya membawa karakter sebagai anak gadis kepada Sohaimi yang sedang hangat bercinta," kata Ana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan