Alyah - Google Blog Search |
“Maruah Saya Sudah Dipijak-Pijak” – <b>Alyah</b> Respon Isu Dihentam <b>...</b> Posted: 16 Dec 2012 11:37 PM PST Kecoh hari ini apabila beberapa blog hiburan tempatan menyiarkan beberapa keping foto mengenai status Twitter dua orang pereka fesyen terkenal tempatan, Rizman Ruzaini dan juga Hatta Dolmat. Kedua mereka yang pernah mereka baju untuk artis-artis terkenal seperti, Datuk Siti Nurhaliza, Erra Fazira dan ramai lagi telah meluahkan rasa tidak puas hati apabila Alyah dikatakan tidak menghargai penat lelah dan hasil kerja mereka. Ia berpunca apabila baju yang direka oleh Rizman Ruzaini dan Hatta Dolmat tidak dipakai oleh Alyah ketika Anugerah Planet Muzik 2012 (APM 2012) walaupun mereka berdua sudah pun menyiapkannya. Melalui laporan terbaru mStar Online, Alyah enggan memohon maaf apabila dia merasakan maruahnya telah dijatuhkan oleh kedua pereka fesyen diatas.
Alyah walau bagaimana pun menjelaskan sebab utama dia tidak dapat memakai baju tersebut adalah kerana beberapa masalah kecil seperti zip dan juga dibahagian lain. "Saya bukannya seorang yang suka melarikan diri daripada masalah. Ada sebab-sebabnya kenapa saya tidak memakai pakaian mereka dan saya enggan memperbesarkan perkara ini. Tambah pula Hatta dan Rizman Rizman telah banyak membantu menaja pakaian saya selama ini, jadi saya tak mahulah nak memburukkan keadaan.
|
You are subscribed to email updates from Alyah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan