Nuffnang

Isnin, 11 Februari 2013

saleem iklim - Google Blog Search

saleem iklim - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>saleem iklim</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Jan 2013 01:43 PM PST


Kembali Ke <b>Iklim</b>? Tak Mungkin – <b>Saleem</b> | MyNewsHub

Posted: 20 Jan 2013 01:10 AM PST


Sekarang ini banyak kumpulan rock otai yang kembali bergabung memenuhi permintaan peminatyang mahu mendengar kembali lagu-lagu popular mereka dalam versi asal. Iiklim salah sebuah kumpulan yang masih melekat di hati peminat kerana memiliki banyak lagu popular ketika bersama Saleem sebagai penyanyi.

"Tak mungkin saya akan kembali bersama Iklim kembali," kata Saleem apabila ditanya pasal kumpulan yang telah menaikkan namanya itu. Mengapa Saleem berkata demikian? Adakah mereka melalui masalah yang besar?

 Kata Saleem: "Memang ada masalah di antara kami… tapi saya tak boleh nak ceritakan. Saya hanya berhubung dengan Umarul dan Huzali sahaja sehingga hari ini.

"Memang pernah ada pihak yang cuba menggabungan kami, tapi memang payah… saya rasa tak mungkin saya akan bersama Iklim lagi. Saya sekarang lebih senang bergerak secara solo. Malah sekarang ini pun saya sedang mempertimbangkan tawaran untuk bersama sebuah syarikat.

"Ada beberapa syarikat yang berminat dengan saya… tapi saya ni yang kena pilih sebab saya tak suka terikat lama-lama. Kalau setahun terikat itu bolehlah saya pertimbangkan."

Saleem juga menghargai peminat yang tetap setia dengannya walaupun dia melalui macam-macam hal selama ini (termasuk masalah dadah).

"Orang boleh kata apa sahaja dan membuat apa sahaja tanggapan pasal diri saya. Mulut orang bukan boleh ditutup… biarlah mereka nak kata apa-apa pun.

"Yang penting saya tahu apa yang saya buat. Saya hargai peminat saya… walau pun saya ni dah tunggang terbalik (macam-macam kes yang dilalui), tapi mereka tetap menyukai lagu dan nyanyian saya," kata Saleem.

Saleem juga salah seorang otai rock yang akan mengadakan persembahan di Konsert Gegar 5 Legenda di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 Februari depan.

Untuk tempahan tiket dan pertanyaan boleh hubungi talian 03-4026 5508/5558. Tiket berharga RM50 hingga RM250. - Manggaonline.com

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan