Nuffnang

Isnin, 11 Februari 2013

Amyza Aznan - Google Blog Search

Amyza Aznan - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Amyza Aznan</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Dec 2012 09:46 AM PST


laman sosial banyak bantu kerjaya - <b>amyza aznan</b> - ammboi dot com

Posted: 01 Dec 2012 05:00 PM PST

Laman Sosial Banyak Bantu Kerjaya – Amyza Aznan | Laman sosial, jika digunakan sebaiknya ia sudah tentu memberi pulangan berguna kepada penggunanya. Seperti Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi ianya boleh membantu banyak urusan kita sebenarnya. Itulah yang diakui oleh pelakon, Amyza Aznan. Amyza mengakui kewujudan laman dan aplikasi sosial pada hari ini sangat membantu dirinya untuk berkongsi aktiviti kerjaya dengan khalayak.

Amyza, 37, berkata dalam laporan mStar Online, kemudahan teknologi seperti Twitter, Facebook dan Instagram adalah medium yang bermanfaat untuk mendekati peminat walaupun dia kurang mendapat publisiti media.

"Kalau dulu, mungkin saya risau bagaimana untuk mendekati khalayak kerana publisiti mengenai saya agak kurang kerana persaingan dengan artis-artis baru. Kini perkara itu tidak timbul sejak kewujudan Twitter dan Facebook. Medium itu sangat membantu saya berkongsi perkembangan kerjaya dan mendekati peminat," katanya dalam laporan mStar Online.

Pelakon yang berpengalaman selama 15 tahun itu berkata, faktor populariti dan publisiti tidak merunsingkan fikirannya selagi dia masih mendapat kepercayaan para penerbit, pengarah dan stesen televisyen.

"Alhamdulillah selepas 15 tahun, saya masih mendapat tempat di kalangan penerbit, pengarah dan stesen televisyen walaupun persaingan semakin sengit dengan generasi baru. Tawaran lakonan juga konsisten jadi saya perlu jaga komitmen dan kualiti kerja kerana ini (lakonan) adalah periuk nasi saya," jelasnya.

Bercakap mengenai lakonan, Amyza berkata, dia akan memastikan setiap tawaran yang diterima seimbang di antara watak serius dan komedi.

"Saya juga tidak mahu dianggap stereotaip kerana kerap berlakon watak komedi sahaja. Sebab itu, saya perlu seimbangkan antara watak serius dan komedi. Sekarang saya lihat tawaran lakonan yang dijayakan lebih seimbang bagi kedua-dua genre itu," kongsinya.

Mengenai lakonan terbarunya dalam drama bersiri Spy M, Amyza berkata, dia berpeluang untuk menjayakan cabaran baru menerusi watak perisik yang lasak dan lebih serius.

"Lima tahun lepas saya pernah terfikir adakah saya akan berpeluang menerima tawaran watak lasak seperti Angelina Jolie? Apabila dapat watak perisik dalam drama ini, saya sangat gembira kerana dapat cabaran baru yang berbaloi walaupun ia menguji kekuatan mental dan fizikal. Saya berharap orang dapat melihat kemampuan saya menjayakan watak yang lebih serius selain komedi yang begitu sinonim selama ini," tuturnya.

Drama sebanyak 13 episod itu turut dibintangi antaranya Sharifah Shahira, Wan Sharmila, Jason Chong, Zalif Sidek dan Ahmad Danial. Diarahkan Ramli Long, ia akan ditayangkan bermula 3 Disember ini pada setiap Isnin pukul 9 malam, dalam slot Aksi di TV3.

CARIAN BERKAITAN

  • amyza aznan (4)
  • amyza adnan (2)
  • amyza aznan dan suami (1)
  • kontroversi amyza adnan (1)

Tags: , , , ,

Category: HIBURAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan