Neelofa - Google Blog Search |
<b>Neelofa</b> Jawab Tuduhan Skandal Suami Orang. Posted: 19 Jan 2013 06:33 AM PST
KUALA LUMPUR 19 Jan. - Pelakon dan Pengacara popular Neelofa menempelak segala tuduhan yang membabitkan dirinya dengan adik kepada seorang jutawan berstatus suami orang. Pelakon utama filem Azura 2012 ini merasa kesal terhadap pihak yang bukan sahaja cuba mengheret dirnya ke kancah gosip liar, akan tetapi dikhuatiri memberi kesan negatif hubungan rumahtangga Usahawan Automotif bergelar selebriti tersebut. "Kadangkala pihak-pihak berkenaan harus lebih bijak dalam membuat sebarang cerita dan melihat semula akibat yang akan terjadi dek dakwaan sebegini. Apa yang dihebahkan itu bukan sahaja akan menjejaskan karier saya. Ia melibatkan ramai pihak apatah lagi usahawan itu merupakan suami kepada selebriti yang juga dikenali ramai. "Mana datang cerita sebegini saya pun tidak tahu. Saya minta kalau anda mahu memburukkan sesiapa pun, tolonglah hormat pada hal-hal sensitif seperti rumahtangga. Ini bukan benda yang biasa atau boleh diambil mudah tetapi ia melibatkan perasaan orang lain. "Saya tidak mahu komen lebih lanjut kerana saya tidak mahu ianya diputarbelitkan di masa depan. Saya juga terkejut tersebarnya berita seperti ini pada tahun 2013 yang baru sahaja memasuki bulan Januari,"ujarnya kepada beberapa wartawan yang bertanyakan status hubungan tersebut. Pengacara Nona ini juga mengakui kenal dengan individu tersebut yang merupakan rakan akrab melibatkan keluarganya dan lelaki berkenaan. "Di zaman remaja dulu memang saya berkawan dengan sepupu dia (usahawan) dan saya akui memang saya dan dia mengenali antara satu sama lain. Tetapi ketika itu saya baru tamat sekolah dan sering lepak bersama dia dan sepupu-sepupunya. "Sekali lagi saya mahu perkara ini tidak digembar-gemburkan lagi bagi menjaga hati ramai pihak," tegasnya. Sebelum ini, Neelofa turut dikaitkan menjalinkan hubungan cinta bersama Pelakon Hans Isaac. |
You are subscribed to email updates from Neelofa - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan