Nuffnang

Selasa, 19 Februari 2013

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


Perbuatan Blogger Itu Sungguh Tidak Beretika – <b>Farid Kamil</b> <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2013 05:27 PM PST

Farid Kamil

Masihkah anda ingat lagi dengan kontroversi pakaian Farid Kamil sewaktu majlis resepsi perkahwinannya bersama Diana Danielle di Putrajaya tahun lalu, di mana pakaian pelakon ini telah menjadi bualan hangat dikalangan peminat industri hiburan tanah air sehingga melibatkan pegawai-pegawai tentera di negara ini.

Berikutan kontroversi tersebut, Farid Kamil telah menganggap blogger yang menyebarkan perkara tersebut adalah sebagai individu yang tidak beretika dan dirinya amat kurang selesa dengan insiden tersebut.

"Tidak kira apa sahaja cerita kurang baik tentang diri saya yang diperkatakan, saya masih boleh bersabar dan menerimanya. Namun begitu, perbuatan yang dilakukan oleh blogger itu sungguh tidak beretika.

"Buat masa ini saya tidak mahu ambil apa-apa tindakan, tetapi pihak MIG sekarang sedang meneliti setiap tulisan blogger tersebut dalam blognya itu untuk tindakan seterusnya."

Dalam pada itu, Farid turut menyatakan bahawa dia sudah tahu siapakah individu yang bertanggungjawab dalam menyebarkan cerita-cerita yang tidak elok mengenai dirinya dan menyifatkan individu terbabit sebagai seorang yang bermasalah dalam kehidupan.

"Saya sudah lama tahu orang yang bertanggungjawab memburuk-burukkan nama saya selama ini dan sangat kenal dengannya. Cuma saya tidak mahu ambil kisah langsung dengan segala perbuatannya itu.

"Bagi saya orang tersebut sebenarnya sangat tertekan dengan kehidupan yang dilaluinya dan saya cuma mendoakan yang terbaik buat dirinya," ujar Farid Kamil menerusi laporan Kosmo Online hari ini.

Tags: , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan