Nuffnang

Selasa, 19 Februari 2013

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


<b>Shaheizy Sam</b> Digosipkan Selagi Tiada Teman Wanita - Gua.com.my

Posted: 21 Nov 2012 06:37 PM PST

"Sebenarnya Sam akan sering digosipkan dengan ramai wanita selagi Sam betul-betul belum mempunyai hubungan dengan mana-mana perempuan,"ujarnya ketika ditemui sempena dengan pelancaran filem 'Mamat Cupcakes' baru-baru ini.

Dikesempatan yang ada itu juga, GUA turut bertanyakan hubungannya bersama pelakon Syatilla, yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengannya, dan ini jawab Sam:

"Ya, Syatilla dengan saya hanya berkawan rapat sahaja, dan tidak lebih dari seorang kawan," kata Sam pada GUA.

Selain itu, Sam juga turut menjelaskan bahawa dia tidak menafikan yang dia telah berjumpa dengan ibubapa Syatilla, dan menganggapnya hanyalah sekadar kawan dan sebagai seorang artis bertemu dan meluangkan masa dengan peminat.

"Macam pernah Sam beritahu sebelum ini, Sam bekerja dan apabila peluang untuk bertemu peminat, Sam tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dan ini juga terjadi apabila Sam meluangkan masa bertemu dengan ibubapa Syatilla dan tiada masalah untuk berjumpa dengan orang-orang yang telah menyokong kerjaya Sam selama ini,"katanya pada petang itu.

Ditanya juga sekiranya ciri-ciri perempuan yang diminatinya ada pada Syatilla dan ini komennya:

"Sam tak berani nak cakap kerana Sam sendiri pun belum mengenali dia dengan begitu dekat,"ujarnya.

Sam juga berkata bahawa dia belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini kerana baginya dia belum bersedia dan masih banyak kerja yang perlu dia selesaikan.

"Mungkin Sam terlalu 'perfectionist' Sam selesa dengan kereja-kerja Sam sekarang ini dan suatu hari nanti bila dah sampai jodoh dan Sam mampu untuk tanggung bakal isteri, InsyaAllah Sam tidak menolak tetapi untuk jangka masa sekarang Sam belum bersedia,"ujarnya mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan