Nuffnang

Isnin, 25 Februari 2013

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Fizz Fairuz</b> Terus &#39;Lari&#39; - Gua.com.my

Posted: 13 Feb 2013 02:14 AM PST

Cakap tak serupa bikin, itulah yang dilakukan oleh Fizz Fairuz ketika ini. Ketika ditemui di sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada November lalu, Fizz ada memaklumkan bahawa hubungannya dengan Almy Nadia baik-baik sahaja. 

Malah, pelakon Nur Kasih The Movie ini turut memaklumkan dia belum bersedia untuk memikirkan tentang perkahwinan. Alih-alih, Fizz melangsungkan pertunangan. Bukan dengan Almy Nadia, tetapi dengan wanita bernama Azlyn Massiela yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Menurut sumber, majlis pertunangan itu berlangsung pada Ahad lalu ( 10 Februari) bertempat  di rumah keluarga tunanganya di Taman Pelindong Damai, Beserah, Pahang.

Sehingga kini Fizz masih gagal dihubungi untuk penjelasan lanjut. Biarpun panggilan ke telefon bimbitnya berjaya, namun ia tidak berjawab. Mungkinkah Fizz enggan menjawab pertanyaan pihak media? Atau dia tidak punya alasan yang munasabah?

Walau apa pun alasan Fizz, GUA berpendapat, dia harus tampil memberikan penjelasan. Jika tidak, peminat akan terus beranggapan dia seorang yang tidak jujur dalam perhubungan.
 
Jom! Lihat beberapa foto pertunangan Fizz dan Azlyn yang tersebar di beberapa blog ketika ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan