tomok - Google Blog Search |
<b>Tomok</b> Gian Berlakon ? | TeminFM Blog Posted: 26 Dec 2012 04:01 PM PST Tomok membuat persembahan pada Konsert Untukmu Palestin sempena Tabung Kemanusiaan Media Prima Berhad. Reaksi positif daripada filem Istanbul Aku Datang dorong penyanyi terima tawaran penerbit lainTidak disangka kemunculannya dalam filem kedua, Istanbul Aku Datang rupa-rupanya membuka mata peminat. Lalu rezekinya dalam bidang lakonan makin murah apabila ada pihak yang menawarkan peluang untuk dirinya terus mengembangkan bakat. Didorong semangat dan sambutan positif peminat, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 28, akan tampil dalam filem baru tahun depan. Saya sangat bersyukur melihat pencapaian diri tahun ini dengan rezeki datang tanpa henti. Diharapkan tahun depan saya dapat buat lebih lagi," Tomok, Penyanyi Biarpun diakui banyak ruang kosong yang masih perlu diperbaiki, Tomok yang ditemui pada majlis makan malam anjuran Kanebo di Restoran Nosh, Bangsar, menyifatkan 2012 sebagai tahun yang berjaya. Tidak kiralah dalam bidang nyanyian atau lakonan. "Tahun ini saja, saya terbabit dalam dua filem iaitu Mantera dan Istanbul Aku Datang. Bukan itu saja, jemputan persembahan nyanyian pun banyak. "Jadi saya sangat bersyukur melihat pencapaian diri tahun ini dengan rezeki datang tanpa henti. Diharapkan tahun depan saya dapat buat lebih lagi," kata bapa kepada Arrianshah Akid yang baru berusia tujuh bulan. Lebih menggembirakan hidupnya, sudah pasti kehadiran cahaya mata hasil perkongsian kasih bersama isterinya, Siti Rahayu Abas. Namun, Tomok tidak merancang jumlah cahaya mata yang diidamkan, sebaliknya berserah kepada rezeki Allah. Teruja melihat proses tumbesaran anak sulungnya itu, Tomok mahu Arrianshah membesar hasil jagaan mereka. Sehubungan itu, buat masa ini, hanya dia saja yang bekerja manakala Rahayu menguruskan rumah tangga sepenuh masa. Guna wang sendiri terbit album Selain menyanyi dan berlakon, Tomok juga mempunyai bakat memasak. Berkongsi perancangannya dalam dunia nyanyian, juara One In A Million (OIAM) musim ketiga ini akan menerbitkan album tahun depan.Tomok sedang sibuk mencari komposer dan pencipta lagu untuk album keduanya itu. Sebelum itu, Tomok bakal keluar dengan single Penipu, ciptaannya bersama AG Coco. Bakal menemui peminat tidak lama lagi, Tomok gembira dengan single sebelum ini, Aku Datang, yang mendapat sambutan memberangsangkan berikutan impak filem Istanbul Aku Datang. Berharap single Penipu yang berentak rancak turut diterima peminat, Tomok teruja kerana dia akhirnya dapat bekerjasama dengan AG Coco yang juga gitaris kumpulan Hujan itu. "Saya akan mempromosikan single ini sebelum muncul dengan album baru. Pembikinan album saya mungkin mengambil masa yang agak lama kerana saya mahu semua lagu berkualiti dan dimainkan di radio. Berbanding album pertama yang memuatkan 12 lagu, kali ini mungkin hanya tujuh lagu baru saja dirakamkan. "Masih mengetengahkan konsep pop rock, saya akui agak memilih. Bukan saya saja yang akan menulis lagu, sebaliknya saya akan meminta komposer lain untuk menghasilkan lagu. Saya terbuka untuk mana-mana komposer yang berminat," katanya. Sekalipun menyedari kelembapan pasaran album sekarang, Tomok yakin peminat akan membeli produk terbaik yang dihasilkan penyanyi. "Saya akui tugas menghasilkan album agak berat kerana kita perlu meyakinkan orang ramai bahawa album kita bagus," tambahnya yang sanggup mengeluarkan wang hasil kemenangan dalam OIAM lalu untuk membiayai projek itu. |
Isteri Sebagai Pengkritik Utama Lakonan <b>Tomok</b>. Posted: 29 Oct 2012 08:08 AM PDT
Bidang lakonan filem yang merupakan kerjaya terbaru Penyanyi Tomok turut dikongsi bersama isteri tersayang Rahayu Abas atau lebih dikenali dengan panggilan Ayu. Ianya diperakui sendiri Tomok yang menjelaskan Ayu akan sentiasa memastikan dirinya menjalani latihan lakonan dengan lebih komited sebelum memulakan sesi penggambaran. Malah isterinya turut bertindak selaku pengkritik utama bagi memperbaiki mutu lakonannya semakin baik.
Sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan, Tomok mengakui latihan di dalam set penggambaran tidak cukup untuk dirinya beraksi lebih berkesan di layar perak. "Saya sedar, sebagai pendatang baru di dunia lakonan, banyak perkara yang perlu diasah. Walaupun ada sesi pembacaan skrip bersama pelakon lain, rasanya ia tidak cukup untuk saya bersedia di set. Maka latihan berlakon akan disambung di rumah pula di mana Ayu menjadi gandingan watak saya. Alhamdulillah, saya bersyukur dan bertuah kerana ada dia," katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Filem arahan Bernard Chauly yang dijangka berada di pawagam pada 8 November ini turut dibintangi arahan Beto Kusyairy dan penyanyi Aizat. |
You are subscribed to email updates from tomok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan