Seperti yang sudah sedia maklum, juara program realiti
One In A Million (OAIM), Suki Low atau lebih dikenali sebagai
Suki OIAM telahpun melangsungkan perkahwinannya bersama jejaka pilihan, Jeremy CHong pada 12 Disember lalu di sebuah majlis tertutup di Pulau Pinang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Khabarnya, majlis perkahwinan mereka turut diadakan di atas kapal Star Cruise Libra dan difahamkan hampir keseluruhan majlis perkahwinan tersebut ditaja termasuklah pakaian pengantin, set brang kemas dan lokasi majlis.
Majlis resepsi yang berlangsung di 32 Mansion di Upper Penang Road ini telah dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan rapat pasangan tersebut. Selepas upacara memotong kek, 120 biji belon telah dilepaskan ke udara sebagai lambang simbolik yang meraikan percintaan kedua mempelai ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Berikut beberapa keping gambar majlis perkahwinan pasangan ini yang dimuat naik Suki. - Ohbulan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan