Nuffnang

Sabtu, 23 Mac 2013

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


Cerpen : Dialah <b>Aaron Aziz</b> Aku (SPECIAL PART) | Koleksi Cerpen <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2013 06:41 PM PST

5 March 2013  
Kategori: Cerpen

Oleh : Ainaa Azlan

Masih ingat lagikah anda dengan cerpen DIALAH AARON AZIZ AKU? Yang ini bukan DA Triple yang dipos kali kedua tapi ini DA TRIPLE SPECIAL PART !! yang belum baca cerpen DA Triple boleh search 'DIALAH AARON AZIZ AKU' kat google.

ps: SAYA NASIHATKAN SUPAYA BACA CERPEN DA TRIPLE TERLEBIH DAHULU SEBELUM BACA DA TRIPLE SPECIAL PART INI BAGI MENGELAKKAN KEKELIRUAN. hihi

##########

Special part : 4th ANNIVERSARY SITI AMIRAH HUMAIRA ? AARIZ AZWAN

Amirah mengeluh. Sudah berpuluh-puluh kali dia mendail nombor suaminya tapi satu pun tidak diangkat. Naik lenguh jari jemarinya menekan papan kekunci handphonenya.

"Mana abang pergi ni? Dah lewat sangat ni…" gumam Amirah sambil mata melirik ke arah jam dinding. Jarun jam sudah melepasi angka 12 malam tetapi kelibat suaminya belum kelihatan.

Pergi kemana suaminya itu? Tak kan dipejabat lagi kut? Tak pernah Aariz macam ni, dia langsung tidak dihubungi. Biasanya, selalu call walaupun hanya untuk memberitahu yang suaminya sudah tiba di pejabat. Dan suaminya akan pulang makan tengah hari tapi tidak hari ni.

Amirah gundah. Bermacam-macam andaian yang dibuat. Nombor Aariz sekali lagi didail dan seperti tadi, tidak diangkat.

"Mummy…." Amirah berpaling dan tersenyum.

"Ya, kenapa sayang?" Amirah mengusap rambut kedua-dua anaknya. Hazwan Aariz dan Hazman Aariz memegang tangan mummy mereka.

"Daddy mana, mummy?" tanya Hazman. Amirah tersenyum kelat mendengar pertanyaan anak sulungnya.

"Daddy belum balik lagi…Daddy ada kerja lagi lah tu." Jawab Amirah sambil menyedapkan hatinya juga. Hazman hanya mengangguk.

"Angah nak daddy…" Hazwan merengek nakkan daddynya.

"Kejap lagi daddy balik ya, sayang." Pujuk Amirah.

"Angah nak daddy!" Amirah mendukung Hazwan. Sememangnya Hazwan lebih manja dengan Aariz berbandingnya dan Hazman pula lebih manja dengannya.

"Angah jangan nangis ya? Kejap lagi daddy balik lah tu. Jom tidur dengan along." Pujuk si abang pula. Amirah meletakkan Hazwan semula dan Hazman terus menarik tangan adiknya.

Amirah hanya memerhati anak-anaknya meniti tangga ke tingkat atas. Mujurlah si abang agak matang berbanding si adik walaupun umur mereka sama. Amirah yang ingin mendail nombor suaminya semula tapi niatnya terbatal apabila terdengar enjen kereta milik Aariz.

Terus pintu utama dibuka dan disitu kelihatan Aariz melangkah ke arahnya sambil tersenyum walaupun kelihatan letih.

"Hai, sayang….Kenapa belum tidur lagi ni?" tanya Aariz dan kemudian mengucup ubun-ubun isterinya selepas Amirah mencium tangannya.

Amirah tidak terus menjawab. Tangannya mencapai briefcase dan coat Aariz dan diletakkan di atas sofa.

"Tunggu abang. Kenapa abang balik lambat? Banyak kerja ya?" Aariz senyum dan mengangguk. Tali leher yang sudah berada di dalam poket dikeluarkan dan dihulurkan kepada Amirah.

"Hero-hero abang dah tidur?"

"Emm… tadi diorang terbangun, angah merengek nak abang."

"Along dengan angah tidur dalam bilik diorang kan?" Tanya Aariz sambil senyum. Terangkat kening Amirah melihat senyuman suaminya itu. Senyuman nakal aje.

"Iya…kenapa bang?"

"Kalau macam tu, jom!" Aariz menarik lengan Amirah. Apabila melihat Amirah lambat-lambat sahaja terus dia mencepung tubuh genit itu.

"Isy! Apa abang ni?" Amirah merangkul leher Aariz. Nasib baik dia tidak jatuh tadi. Aariz hanya diam dan kaki terus dihala ke bilik. Amirah membalas renungan Aariz.

Pintu bilik dikunci dan dibawa Amirah ke katil. Diletakkan Amirah di atas katil berhati-hati. Amirah hanya diam dan membiarkan saja setiap perilaku suaminya. Aariz membuka butang bajunya dan meleraikan dari tubuh. Dirangkul tubuh Amirah dan bibirnya mengulas lembut setiap inci muka isterinya. Dari dahi turun ke mata, pipi dan beralih pula ke hidung mancung Amirah. Dan kemudian dengan lembut Aariz menjamah bibir seksi itu.

Baru sahaja Aariz ingin bertindah lebih jauh tetapi ketukan di pintu menganggu tindakannya. Dia mendengus geram dan melarikan tubuhnya dari tubuh Amirah. Amirah ketawa melihat muka kecewa Aariz.

"Mummy…."

"Ya, sayang. Kejap." Amirah membuka pintu apabila mendengar suara anak-anaknya diluar pintu bilik. Aariz yang bersandar di kepala katil hanya memerhati.

"Nak tidur dengan mummy…" Amirah senyum mendengar rengetan Hazman dan Hazwan. Kedua-dua tangan anaknya dipimpin ke dalam bilik.

"Daddy!" Amirah menggeleng kepala melihat Hazwan berlari-lari anak mendapatkan daddynya.

"Hai, hero daddy. Kenapa belum tidur lagi ni?" kepala hazwan diusap dengan lembut sambil matanya melirik ke arah isterinya yang sudah mendukung Hazman ke katil.

"Nak tidur dengan daddy…."

"Ololo anak daddy. Meh sini hero-hero daddy. Mummy hero daddy pun mari sini jugak." Ujar Aariz sambil menarik tangan isterinya. Amirah ketawa.

"Sweetnya abang buat macam tu."

"Along dengan angah, tidur kat tengah-tengah ni ya?" ajak Amirah sambil menepuk bantal di tengah-tengah katil saiz king itu. Hazman dan Hazwan hanya menurut dan mula merebahkan badan.

"Goodnight, mummy. Goodnight daddy." Ucap Hazman sambil mencium kedua-dua belah pipi mummy dan daddynya. Hazwan juga berbuat demikian.

"Goodnight, sayang." Balas Amirah lalu mencium dahi anak-anaknya.

"Goodnight, hero-hero daddy." Balas Aariz pula dan mencium dahi Hazman dan Hazwan. Amirah menarik selimut menutupi badan anak-anaknya. Cepat benar dua beradik itu lena. Kemudian dia memandang suaminya yang sedang merenungnya.

"Kacau lah hero-hero daddy ni. Tak bagi chance langsung daddy dia nak memanja dengan mummy diorang." Ujar Aariz membuatkan Amirah tertawa tapi perlahan. Takut Hazman dan Hazwan terjaga.

"Biarlah bang. Bila lagi diorang nak memanja dengan kita kalau bukan malam. Abang kerja, sayang pun kerja. Kesian anak-anak." Balas Amirah. Kepala Hazman dan Hazwan diusap dan sebelah tangannya pula digenggam oleh suaminya.

"Apa kata sayang berhenti kerja? Ala…gaji abang cukup aje nak tanggung sayang, along, angah dan anak-anak akan datang."

"Abang….kan sayang dah cakap. Dah lama sayang nak jadi pensyarah. Tak kan sayang nak lepas macam tu aje kerjaya sayang? Memang betul gaji abang sebagai arkitek mampu tanggung sayang dengan anak-anak tetapi kan kalau sayang kerja ekonomi kita lebih kukuh? Gaji sayang tu boleh lah bantu abang."

"Yalah, yalah…Abang bukan suruh sayang berhenti kerja, cadangan aje tadi." Aariz mencium tangan Amirah.

"Sayang…."

"Ya, bang."

"Tidur bawah jom." Amirah membulatkan matanya sambil memandang Aariz yang tersengih nakal.

"Isy, apa lah abang ni. Tak baik tahu tak? Kan anak-anak kita ada ni." Ujar Amirah sambil mencubit lengan suaminya. Nakal tak sudah!

"Ala….diorang lena sangat tu. Tak kan bangun selagi matahari tak keluar." Balas Aariz pula. Lengan yang dicubit tadi digosok. Pedihnya…

"Tak senonoh lah abang ni! Dibuatnya diorang bangun, kan tak elok." Amirah menggeleng kepala. Parah suaminya ni.

"Yalah, yalah… Tapi esok janji tau?"

"Abang ni…" Amirah mengetap bibir.

"Aik? Merahnya muka isteri abang ni." Usik Aariz.

"Hish! Tidur lah!" marah Amirah sambil merebahkan badan. Aariz ketawa kemudian turut merebahkan badan. Lega. Hilang lenguh-lenguh di badan.

"Ops, lupa." Aariz turut bangun apabila Amirah bangun.

"Lupa apa, yang?"

"Goodnight, handsome." Ucap Amirah dan mencium pipi Aariz. Aariz senyum. Ditarik lengan Amirah supaya muka isterinya dekat dengannya.

"Goodnight, sweetheart."

"Abang!!" Amirah menyentuh pipinya yang terasa panas. Malu apabila suaminya bertindak mengucup bibirnya.

"Sweet dream, sayang. Mimpi abang ya.." ujar Aariz lalu merebahkan badannya semula. Walaupun mata sudah tertutup tetapi bibir tetap tersenyum.

Amirah mengiring ke arah anaknya. Tangan melingkar badan Hazman dan Hazwan. Aariz turut melakukan perkara yang sama. Tangannya diletakkan di atas tangan isterinya. Mereka terlelap dalam senyuman ditemani Hazman Aariz dan Hazwan Aariz dalam pelukan.

***

Tidur Amirah terganggu dengan bunyi pintu ditutup di bawah. Terasa berat mata untuk buka kerana semalam dia tidur lewat. Jam dikerling, sudah pukul 6:40 pagi. Dia menoleh ke sebelah. Anak-anaknya masih tidur, tetapi tiada suaminya disitu.

Dengan perlahan-lahan Amirah turun dari katil dan menghampiri tingkap biliknya. Kain langsir diselak sedikit. Kelihatan Aariz yang lengkap berpakaian pejabat baru memasuki dalam perut kereta dan keluar dari perkarangan rumah. Amirah pelik. Kemana suaminya pergi awal pagi-pagi macam ni? Tak kan pejabat kut….

Amirah mengeluh. Semenjak kebelakangan ini suaminya berlakuan pelik. Dia menoleh ke arah anak-anaknya yang masih lena. Disitu dia ternampak kertas kecil yang ditampal pada cermin meja solek. Terus dia melangkah ke situ dan diambil kertas kecil itu. Tulisan suaminya.

Goodmorning sweetheart.

Sayang….Abang kena pergi kerja dulu. Banyak sangat kerja yang ada kat pejabat tu. Sorry ya, yang. Sayang jangan risau, abang dah breakfast dah.

Nanti malam karang, sayang jangan masak tau! Kita dinner kat luar, hero-hero abang kita minta tolong mama dengan papa jaga dulu. Pakai cantik-cantik tau! Bye sayang. Jangan nakal-nakal.

I love you.

~Suamimu yang kacak~

Amirah senyum dan menyimpan kertas itu di dalam laci meja solek. Tangan mencapai handphonenya. Ditaip mesej kepada suaminya.

Kenapa tak nak bawa anak-anak sekali?

Seketika kemudian handphonenya berbunyi tanda ada panggilan masuk. Terus dia menekan butang hijau apabila nama suaminya yang terpapar.

"Sayang…."

"Abang….."

"Sayang ni, boleh lah kita pergi dinner berdua aje. Hazman dengan Hazwan kita tinggal kat rumah mama. Boleh ya?"

"Kesian lah anak-anak…."

"Alah, bolehlah…Boleh ya, yang?" Amirah ketawa kecil. Lucu apabila suaminya merengek seperti anak kecil.

"Abang ni…macam Hazwan lah. Merengek aje."

"Sayang…."

"Yalah, yalah. Bolehnya…"

"Thank you, sayang. I love you. Pukul 6 abang datang ambil anak-anak letak kat rumah mama. Lepas tu kita pergi dinner kul 8. Sayang pakai cantik-cantik tau!"

"Okey, boss!"

"Good girl. Okeylah, sayang. Abang nak sambung buat kerja. Banyak lagi kerja nak disiapkan ni."

"Okey. Bye, bang. Assalamualaikum."

"Take care, yang. Jangan nakal-nakal. I love you and I will miss you. Bye. Waalaikummussalam."

Amirah meletakkan semula handphonenya di atas meja. Kain tuala dicapai dan mula menapak ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan menunaikan rukun islam yang kedua.

****

Amirah mengeluh. Suaminya buat lagi…. Tadi petang Aariz mengambil Hazman dan Hazwan ke rumah mak mertuanya. Tapi sampai sekarang suaminya tidak pulang. Ditelefon, suaminya menutup handphonenya.

Jam sudah menunjukkan jam 9:25 malam. Sudah satu jam setengah lewat dari masa yang dijanjikan. Amirah memandang dirinya yang dibaluti dress labuh warna unggu dan shawl 2 tone juga bewarna unggu dan hitam.

Amirah mula meniti tangga. Mahu menukar pakaian tetapi deringan handphone mematikan niatnya. Tanpa melihat nama pemanggil, Amirah mengangkat panggilan.

"Hello…" jawab Amirah lemah.

"Sayang, kenapa ni?" Amirah menegakkan badan.

"Sampai hati abang…"

"Eh, kenapa ni? Abang buat apa?" Amirah hanya diam.

"Sayang…. marah sebab abang lambat ya? I am sorry. Kerja abang belum siap lagi tadi, sekarang baru siap. Sayang dah siap kan? Abang dah ada kat luar ni. Sayang turun ya?" Amirah tidak menjawab tetapi dimatikan talian.

Amirah menapak ke arah pintu selepas mengambil beg tangan. Pintu dikunci siap-siap dan melangkah lemah ke arah suaminya yang bersandar di pintu kereta. Dikerling sekilas ke arah Aariz, handsome suaminya. Berpakaian tuxedo lengkap.

Disambur hambar tangan Aariz dan mencium sekilas. Aariz mengenggam erat tangan isterinya apabila Amirah menarik tangannya. Direnung Amirah yang hanya menunduk.

"Sayang…." diangkat dagu Amirah dengan jarinya. Walaupun muka Amirah sudah betul mengadapnya tetapi isterinya melarikan mata ke arah lain.

"Sayang, please don't be like this. Abang tahu abang salah. I am sorry, babe…." Mohon Aariz tetapi tidak diendahkan Amirah. Amirah menarik tangannya dan terus masuk ke dalam kereta. Aariz mengeluh dan perlahan-lahan menapak ke tempat pemandu.

Dalam kereta, suasana hanya sunyi. Apabila dibuka radio, isterinya menutup. Sedari tadi Amirah memandang ke arah luar tingkap. Dibiarkan dia kesunyian memandu. Aariz memberhentikan kereta di tepi jalan. Dia tidak betah macam ni.

"Amirah Humaira, isteri abang. Abang betul-betul minta maaf. Please, jangan buat abang macam ni. Abang pun tak sangka sampai lewat macam ni abang siapkan kerja abang." Pujuk Aariz. Digenggam tangan isterinya dan menciumnya walaupun berkali-kali Amirah cuba menarik.

"Tapi abang boleh call kan? Boleh aje hantar pesanan. Sayang call pun abang off handphone." Bersuara juga Amirah setelah mendiamkan diri.

"Abang salah. Abang lupa charge handphone abang. Memang salah abang, abang buat sayang tertunggu-tunggu."

"Bukan tu yang sayang marah!" Amirah bersuara geram. Dipandang suaminya tajam.

"Abang buat sayang risau tahu tak? Abang berubah sejak akhir-akhir ni. Tadi pun, abang cakap abang lupa nak charge handphone. Selama ni walaupun abang tak charge handphone abang, abang tetap call sayang guna telefon pejabat. Abang berubah…"

"Nak tahu kenapa abang berubah sejak akhir-akhir ni?" Aariz mencelah. Apabila Amirah memandangnya,dia senyum dan mengedipkan mata sekali.

Aariz memulakan penjalanan semula. Dibiarkan isterinya tertanya-tanya. Tak apa, Amirah akan tahu juga apabila sampai. Keretanya terus melalui lebuh raya. Hampir 25 minit memandu, akhirnya sampai juga di tempat destinasi.

Aariz keluar dari perut kereta dan dibuka pintu untuk isteri tercinta. Mereka berjalan beriringan dengan Amirah memaut lengan Aariz.

"Buat apa kat sini?"

"Dinner." Jawab Aariz pendek. Amirah terpegun. Dinner tepi pantai?

Sepanjang perjalanan ke tepi pantai, terdapat lilin di dalam bekas kecil menjadikan jalan menuju ke arah meja yang sudah tersedia. Meja itu pula berada di tengah-tengah kelopok bunga ros yang dijadikan bentuk hati diselangi lilin. Bukan deruan ombak sahaja yang menemani mereka, malah musik intrumental yang romantik juga turut kedengaran menjadikan suasana makan malam itu benar-benar romantis.

"Abang…" seru Amirah apabila tiba-tiba Aariz menghulurkan sekuntum bunga mawar merah.

"Happy 4th anniversary, sayang." Amirah tersenyum manis dan mengambil bunga itu. Aariz menarik kerusi dan mempersilakan isterinya duduk.

"Terima kasih." Ucap Amirah seraya duduk dan Aariz juga mengambil tempat di depannya.

"Sayang….sebenarnya, abang lewat tadi sebab sediakan semua ni. Dan abang balik lambat malam tu dan pergi kerja awal pagi sebab abang nak selesaikan semua kerja sebelum….."

"Sebelum apa?" Aariz menghulurkan sampul surat kepada Amirah dan Amirah mengangkat kening sebelum membukanya.

"Tiket?"

"Ya. Tiket honeymoon kita ke Bali. Hadiah abang untuk sayang." Aariz memegang erat tangan Amirah dan dikucupnya.

"Abang kena selesaikan semua kerja abang sebelum cuti selama seminggu."

"Abang, sayang minta maaf. Sayang betul-betul lupa anniversary kita ni. Sayang risau sangat sebab abang berubah akhir-akhir ni sampai lupa." Amirah memandang Aariz dengan mata berkaca. Berasa bersalah dengan sikap alpanya sedangkan suaminya bertungkus lumus siapkan kerja semata-mata hadiah untuk anniversary mereka.

"It's okey, sayang. Abang juga salah sebab buat sayang risau." Ujar Aariz sambil mengelap air mata Amirah.

"Sayang tak ada hadiah nak bagi abang…." ujar Amirah perlahan sambil menunduk.

"Sayang tak bagi hadiah pun tak apa. Janji sayang kena teman abang sepanjang malam ni." Amirah mengangguk tetapi kemudian dia memegang lengan Aariz.

"Kenapa sayang?"

"Ah, sayang baru ingat. Sayang ada hadiah untuk abang!" ucap Amirah girang.

"Ya, apa dia?"

"Abang teka lah."

"Jam tangan?" Amirah menggeleng.

"Kasut?"

"Salah!"

"Bagilah hints."

"Emmm…. Okey, sayang bagi. Hints yang pertama 4 minggu. Hints yang kedua, Hazman dan Hazwan." Aariz mengerutkan dahi.

"4 minggu… dan Hazman dengan Hazwan?" kepala yang tak gatal digaru. Apa dia yang cuba diberitahu isterinya itu?

"Haah. Cepatlah teka bang." Gesa Amirah.

"Ha! Abang tahu. 4 minggu lagi Hazman dengan Hazman nak masuk 3 tahun. Kan?" Amirah buat muka cemberut.

"Abang ni…. kan Hazman dengan Hazwan dah masuk 3 tahun 4 bulan."

"Eh? Dah lebih 3 tahun ya? Hihi. Lupa pulak abang."

"Sayang bagi satu aje lagi hints. Hadiah sayang ni ada kaitan dengan Aisya Humaira." Aariz terbangun dari duduknya apabila mendengar nama yang baru keluar dari mulut Amirah. Terus Amirah dihampiri apabila Amirah turut bangun. Kedua-dua belah bahu Amirah dipegang.

"Sayang….pregnant?" bisik Aariz. Amirah merenung Aariz dan mengangguk.

"Ya,bang."

"Betul?"

"Betul!"

"Yahoo!!" Aariz bersorak riang. Amirah pula hanya ketawa apabali Aariz melompat.

"Sayang… terima kasih! I love you." Ucap Aariz setelah menarik Amirah ke dalam pelukan.

"Aisya Humaira…" seru Aariz sambil menyentuh perut yang bakal memboyot.

"Abang ni…. Tak tahu lagi sama ada perempuan ke lelaki."

"Abang harap perempuan." Amirah hanya diam dan membiarkan Aariz memeluknya semula.

"Abang…. tentu Hazman dengan Hazwan suka kalau tahu ni. Kan best kalau anak-anak ada sekali dinner kita ni." Aariz melepas pelukan dan memandang Amirah.

"Alah, nanti esok kita cakap lah?"

"Esok? Lah, kan boleh aje cakap lepas kita balik ni." Balas Amirah hairan. Aariz mendekatkan bibirnya ke telinga Amirah.

"Kita ambil diorang esok. Malam ni hanya abang….dan sayang." Amirah membulatkan matanya lalu ditampar lengan Aariz.

"Abang ni….."

"Yalah, yalah… abang gurau aje.Along! Angah!" Amirah terkejut melihat anak-anaknya berlari mendapatkan mereka selepas suaminya menjerit memanggil. Muka Aariz dipandang.

"Abang suruh Aina bawa diorang ke sini. Abang tahu sayang nak celebrate anniversary kita sekali dengan anak-anak kan?" Amirah mencium pipinya.

"Terima kasih abang." Ujar Amirah kemudian memeluk kedua-dua anak lelakinya.

"Tapi….. nanti kat Bali kita tak bawak anak-anak tau!"

"Ala…."

Makan malam yang sepatutnya berdua kini sudah menjadi berempat. Suasana yang romantis ditemani musik instrumental juga sudah berubah riuh dengan suara anak-anak. Kelopak bunga ros merah yang berbentuk hati tadi sudah bertaburan dikacau oleh Hazman dan Hazwan.

Tetapi semua itu tidak menjadi masalah malah membuatkan Amirah dan Aariz turut gembira dan terciut dengan telatah anak-anak. Tadi Aariz yang lengkap berpakaian tuxedo mula meleraikan coat tuxedo dari tubuh dan lengan baju pula sudah disingsing ke atas. Mereka berempat berkaki ayam sambil bermain kejar-mengejar dan membina istana pasir walaupun di malam hari.

Apabila hari sudah larut malam, kelihatan dua anak kecil yang masih membina istana pasir. Tidak jauh dari situ, berdiri satu pasangan sambil si jejaka memeluk kekasih hatinya dari belakang. Dan perempuan itu membalas pelukan dengan memegang tangan lelaki yang sudah 4 tahun menjadi suami kepadanya dan daddy kepada anak-anaknya.

"Sayang nampak cantik malam ni."

"Abang pun nampak handsome."

" I love you, sayang…."

"Love you too, abang…."

"But I love you more."

##############

T.A.M.A.T !!

Terima Kasih Sudi Baca DA TRIPLE SPECIAL PART !

MuchLove,
AINAAAZLAN


PA Tengking Peminat, <b>Aaron Aziz</b> Kena Tempiasnya

Posted: 25 Jan 2013 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 25 JAN 2013: Panggilan Misteri Murai (PMM) kendalian Ajieb Rosdi minggu ini kembali dengan menampilkan pengakuan hangat dari seorang peminat yang dikatakan cukup tidak berpuas hati dengan sikap pelakon kacak, Aaron Aziz.

Ingin dikenali dengan nama Miss Q, peminat ini pada mulanya amat berang dengan PA (Pembantu Peribadi) Aaron Aziz.. Menurut pemanggil ini, PA Aaron telah bertindak kurang ajar dengan maki hamun peminat yang ingin bersua muka dengan pelakon Adam Dan Hawa.

Lebih teruk lagi, perangai PA tersebut masih tidak berubah walaupun sebelum ini pernah di tegur. Atas dasar itulah, Aaron juga dituduh berkelakuan sedemikian kerana tidak ambil pusing dengan sikap dan perangai PA tersebut.

Apapun, seandainya anda ingin tahu cara bagaimana insiden ini terjadi, tonton PMM yang disiarkan di murai.com.my setiap Rabu.

Anda juga boleh memberikan komen dan pandangan menerusi PMM dengan menghantarkan emel ke alamat tanyaajieb@gmail.com.

Video Rasmi : “Salam Semua” Nyanyian <b>Aaron Aziz</b> & Sleeq <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2013 05:01 PM PDT

Salam Semua

Pada 19 Mac lalu kumpulan Sleeq dan Aaron Aziz telah melancarkan video klip rasmi nyanyian mereka berjudul "Salam Semua."

Untuk makluman, video klip berdurasi 4:18 ini turut menampilkan ahli kelab peminat Aaron sendiri iaitu Aaronators serta isteri aktor kacak ini iaitu Diyana Halik.

Menerusi respon penonton di laman YouTube, ramai yang menyukai video klip ini dan mereka turut melahirkan rasa terharu kerana jalan ceritanya ada kene mengena dengan sesetengah diri individu yang menonton.

Screen Shot 2013-03-21 at 11.53.08 PM

Jom layan video klip "Salam Semua" selepas ini. Enjoice!

Tags: , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan