Nuffnang

Sabtu, 23 Mac 2013

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


<b>Najwa Latif</b> Dapat 4A Untuk SPM |

Posted: 21 Mar 2013 03:58 AM PDT


Hari ini keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah pun diumumkan. Teringat kenangan Abang Nara menduduki SPM pada tahun 2000. Cepat sungguh masa berlalu. Salah seorang artis yang mengambil keputusannya pada hari ini ialah si kecil molek Najwa Latif.

najwa latif spm

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Najwa Latif kerana mendapat 4A untuk SPM di samping lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan Agama Islam. Najwa Latif berhasrat untuk menyambung pelajarannya di dalam jurusan Bahasa Inggeris namun masih belum memilih mana-mana kolej atau universiti.

najwa latif

Tahniah kepada Najwa Latif atas keputusan ini. Semoga dapat menyambung pelajaran ke tempat yang diingini. Sementara itu, mungkin Najwa Latif boleh tumpukan perhatian terhadap bidang nyanyian sebelum membuat apa-apa keputusan. Tahniah sekali lagi. Info asal Astro Awani.

P.S: Sebab lelaki memilih wanita lain

Baca Yang Ini Pulak:-


Hubungan Dengan Bapa Kini Lebih Baik – <b>Najwa Latif</b> |

Posted: 19 Feb 2013 09:32 PM PST


Air dicincang tak akan putus. Syukur Abang Nara mendengar perkhabaran gembira mengenai hubungan Najwa Latif dengan ayahnya yang kini semakin pulih. Pasti orang yang paling gembira dengan perkembangan ini ialah Najwa dan keluarganya.

najwa latif

Sebelum ini, ayah Najwa Latif pernah menggelar anak-anaknya sebagai anak derhaka kerana melupakan dirinya. Pasti Najwa kini lega kerana dapat memberi 100% fokus terhadap kerjayanya sebagai penyanyi apabila mendapat restu daripada ayah sendiri. Kata Najwa kepada portal Murai:-

Alhamdulilah, hubungan saya serta ahli keluarganya yang lain dengan bapa sudah pun baik dan merekajuga sangat supportive terhadap kerjaya nyanyian saya. Saya anggap apa yang berlaku adalah dugaan dalam hidup saya yang telah menerima nikmat hidup yang senang lebih awal berbanding orang atau rakan lain yang sebaya dengan saya

najwa latif

Semoga hubungan baik ini akan terus berkekalan sehingga bila-bila. Abang Nara suka betul dengar lagu terbaru Najwa Latif yang bertajuk "Sahabat". Memang catchy. Semoga selepas ini lebih banyak lagu menarik akan dikeluarkan oleh Najwa. Lebih-lebih lagi sekarang ini Najwa pun sudah tamat SPM.

Baca Yang Ini Pulak:-


BERITA ARTIS - <b>Najwa Latif</b> Bersyukur Dapat 4A - Gua.com.my

Posted: 21 Mar 2013 06:00 PM PDT

Najwa Latif berkongsi dengan Berita Harian yang dia sangat bersyukur dengan keputusan yang diperolehi dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012. Malah ibunya juga gembira melihat pencapaiannya.

Bekas pelajar aliran Sains dari Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim ini yang awalnya hanya menyasarkan 3A berjaya mendapat 4A dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Matematik sementara lulus dalam enam subjek lain.

Bagaimanapun, Najwa tidak hadir di sekolah untuk mengambil salinan keputusan tetapi telah diwakilkan kakaknya Iqhwatul Syafika.

Menafikan ketiadaannya disebabkan dia kecewa dengan keputusan tersebut, Najwa sebaliknya mengakui tertekan selepas bermimpi tidak mendapat sebarang A.

Selepas ini, Najwa berharap dapat melanjutkan pengajiannya dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Tahniah Najwa dari GUA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan