Nuffnang

Sabtu, 23 Mac 2013

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Awi Rafael</b> Dedah Kisah Lampau - Gua.com.my

Posted: 12 Feb 2013 09:51 PM PST

Awi Rafael mengambil langkah berani dengan mempertaruhkan semua lagu ciptaannya untuk album terbarunya berjudul, 'Asalkan Aku OK!'. Jelas Awi, bukan tidak mempercayai komposer lain, tetapi dia cuba untuk berkarya melalui album yang mengandungi sembilan buah lagu itu.

Mengakui sukar memilih lagu mana yang paling mendapat tempat di hatinya, Awi menjelaskan lagu 'Asalkan Aku Ok!' begitu dekat dihatinya kerana lagu itu cuba menyampaikan nilai-nilai positif.

"Bukan mudah untuk memilih satu lagu pilihan. Umpama mempunyai sembilan orang anak dan saya terpaksa memilih salah seorang daripadanya. Namun, 'Asalkan Aku Ok!' begitu dekat dengan jiwa saya kerana apabila saya marah, saya teringat kembali lagu ini dan ia mampu membuatkan saya kembali tenang," ujar Awi ketika ditemui di majlis pelancaran dan showcase album terbarunya itu di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) baru-baru ini.


Dalam majlis itu, Awi turut mempertontonkan muzik video single terbarunya, 'Hari-hariku' yang diterbitkan dengan kerjasama pelajar-pelajar muzik ASWARA.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album tersebut adalah 'My Baby You', 'Lebih Berat dari Syurga', 'ELVIS', 'Satu Peluang Saja', 'KALISTA', 'Siapa Yang Sempurna' dan 'Dewa'.

Tambah Awi lagi, lagu 'Dewa' merupakan percubaan pertamanya mencipta lagu berunsur Ketuhanan. Lagu itu memberi makna lebih mendalam kepadanya kerana ia menceritakan kisah hidupnya yang lampau.

Sementara itu, dalam laporan Mstar Online hari ini, Awi ada memberitahu yang dia ada merancang untuk memohon Taraf Penduduk Tetap (PR) negara ini kerana suka dengan keharmonian rakyat Malaysia. Jelas Awi, dia sudah menganggap Malaysia seperti rumahnya sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan