awi rafael - Google Blog Search |
Persembahan memukau <b>Awi Rafael</b> – Perak Today Posted: 12 Feb 2013 06:12 AM PST MEMUKAU! Itulah perkataan tepat menggambarkan persembahan penyanyi dan penulis lagu dari Singapura ini ketika mengadakan Showcase di Dewan Orkestra Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Jumaat lalu. Membuka tirai dengan single terbarunya berjudul Asalkan Aku ok!, pemilik nama Muhammad Nabawi Ewan Gunawan, 26 atau lebih dikenali sebagai Awi Rafael ini nyata membuatkan dewan tersebut gamat dengan tepukan dan sorakan dari peminatnya yang hadir menyaksikan showcase malam itu. Ia diikuti dengan diikuti dengan lagu Hari-Hariku, Siapa Yang Sempurna, Bila Aku Jatuh Cinta, Satu Peluang Saja dan Pulanglah. Dalam pada itu, Awi yang tampil dengan gaya santai, kelihatan begitu bersahaja ketika menyampaikan keenam-enam lagu yang dipilihnya bagi showcase tersebut. Suasana menjadi lebih meriah apabila, Awi muncul di atas pentas dan bermain piano bagi lagu hitsnya yang berjudul Bila Aku Jatuh Cinta. Nyata, alunan piano dan suara merdunya berjaya membangkitkan suasana dewan yang hanya dihiasi lilin sehingga memberi impak yang begitu romantis. Dalam pada itu, ketika showcase ini diadakan, Awi sempat mengadakan sesi pengenalan kepada album Asalkan Aku Ok! dan pelancaran bagi muzik video single terbarunya, berjudul Hari-Hariku. Syukur berjalan dengan lancar Berkongsi sedikit mengenai showcase tersebut, jelas Awi, dia sangat berpuas hati kerana dapat menghiburkan peminat yang hadir pada hari itu. Katanya, walaupun mengalami sedikit masalah teknikal, persembahan tetap diteruskan seperti yang dirancang. "Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. "Insya-Allah, showcase saya seterusnya kini dalam perancangan dan golongan sasaran saya adalah pelajar kerana muzik yang saya bawakan sesuai dengan jiwa muda mereka," tutur Awi tertarik dengan suara dan muzik yang disampaikan pelajar Aswara. Lahir album kedua Selepas menghasilkan album EP lima lagu Awi Rafael yang dikeluarkan sekitar tahun lalu, kini dia tampil dengan album kedua. Sedikit mengenai album ini, bagi Awi ia disifatkan lebih matang, berunsurkan masyarakat dan ketuhanan. Menariknya, ia juga lebih romantis yang mana turut menyelitkan kisah cintanya. "Kesemua lagu yang dimuatkan dalam album ini merupakan karya saya sendiri. Buat masa sekarang, apa yang saya nampak, lagu Asalkan Aku Ok! sangat digemari peminat muzik tanah air dan sering dimainkan di stesen radio tempatan," katanya gembira lagu tersebut mendapat sambutan. Selain itu, Awi turut mempertaruhkan single terbarunya, Hari-Hariku yang selari dengan imej dan penampilannya yang sentiasa ranggi. "Lagu ini bagaikan sebahagian dari jiwa saya kerana ia disampaikan dalam rentak rock. "Hari-hariku mengisahkan hari-hari yang dilalui dengan rasa cinta. Segala-galanya rasa indah dan lengkap dengan kehadiran cinta," kata Awi lagu tersebut menceritakan perasaan syukurnya terhadap seseorang. Tidak percaya karya orang? Berbicara mengenai pembikinan album keduanya itu, jelas Awi, ia merupakan seratus peratus hasil kerjanya termasuklah dari segi pembikinan lagu dan lirik. Menolak tanggapan bahawa dia tidak mempercayai karya orang lain, sebaliknya Awi Rafael menjelaskan album keduanya telah memberikan kepuasan terhadap dirinya. "Menulis lagu sendiri antara sebabnya kerana saya mahu menghubungkan diri dengan perasaan setiap pendengar dengan lebih mendalam. "Malah lagu Siapa yang Sempurna ditulis dalam waktu yang singkat," kata Awi Rafael. Ketika ditanya mengenai lagu yang paling menyentuh hatinya sebagai insan, Awi Rafael menyifatkan single Dewa paling bermakna dalam hidupnya kerana ia merupakan lagu pertama berunsurkan ketuhanan. "Saya sangat bersyukur masih diberikan peluang dan ruang untuk menghasilkan album ini selama dua bulan disiapkan dan dilancarkan dalam waktu yang singkat selepas album pertama," tuturnya. Impi album Inggeris Dalam diam, anak kelahiran Kota Singa ini sebenarnya turut mengimpikan untuk mengeluarkan album Inggeris sendiri setelah lagu dalam albumnya yang bertajuk My Baby mendapat sambutan menggalakkan. Ketika diusik mengenai kaitan lagu tersebut dengan pelakon Ruby, Hanez Suraya, Awi sambil tersenyum tidak menafikan usikan tersebut. "Hanez sentiasa menyokong saya. Malah dia membawa 10 peminatnya untuk bersama menonton showcase saya. "Kami saling sokong dan menghormati kerjaya masing-masing," beritahunya My Baby ditujukan kepada Hanez yang banyak memberikan sokongan dan semangat dalam perjuangan seninya. - SINAR HARIAN |
You are subscribed to email updates from awi rafael - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan