Nuffnang

Rabu, 20 Mac 2013

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Isteri Izin Awie Bergandingan Dengan <b>Erra Fazira</b> | Berita Hiburan <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 10:30 PM PDT

Siapa tak kenal dua bintang popular Malaysia, nama besar Erra Fazira dan Awie begitu gah dalam industri seni tanah air. Mereka berdua pernah menjadi lagenda yang hebat menerusi filem "Sembilu" arahan Dato' Yusof Haslam dan pernah juga juga mengikat tali pertunangan pada tahun 1997.

Namun, Allah Maha mengetahui impian untuk bersatu putus ditengah jalan apabila kedua-dua artis ini memutuskan pertunangan yang dibina mereka. Setelah itu masing-masing membawa haluan sendiri demi meneruskan perjuangan dalam industri seni sampailah tahun 2008 mereka digandingkan bersama dalam filem Cuci.

ohartis-erra-fazira-awie-2

ohartis-erra-fazira-awie-1

Kini, sekali lagi mereka bakal digandingan dalam rancangan yang dihostkan oleh Awie sendiri iaitu Tunggu Sekejap di TV3. Dalam rancangan itu, Erra dijemput sebagai artis jemputan dan untuk tidak mengundang salah faham Awie memberitahu perkara tersebut kepada isterinya.

"Sebenarnya isteri saya tidak mempunyai masalah tentang gandingan ini. Apa yang telah berlaku dahulu sudah menjadi sejarah dan sekarang kami mempunyai kehidupan keluarga masing-masing. "Dia (isteri) juga sangat sporting. Malah dia merupakan peminat Erra dalam program bual bicara Primadona (Astro)." Jelas Awie.

Menurut Awie dia sebenarnya tidak ingin isu dia bergandingan dengan Erra diperbesarkan kerana mereka bersifat professional. Tambahnya lagi, dia juga turut merancang untuk mengambil Erra sebagai pelakon utama dalam filem yang bakal diterbitkan di bawah syarikat miliknya iaitu Awie Entertainment tidak lama lagi selain bakal menganjurkan sebuah konsert trio bergandingan Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira yang akan berlangsung tahun ini.

OH!ARTIS : INDUSTRI SENI DI MALAYSIA KECIK JER, LAMA-LAMA JUMPA JUGAK.

<b>Erra Fazira</b> Hiasi Muka Depan Majalah InTrend | OHBULAN!

Posted: 31 Jan 2013 08:58 PM PST

Erra Fazira

Untuk edisi bulan Februari tahun ini, majalah InTrend telah memilih pelakon dan model terkenal, Erra Fazira sebagi penghias muka depan majalah mereka.

Erra Fazira yang kelihatan 'vogue' telah menggayakan set busana berwarna biru elektrik dan penampilan selebriti ini menjadi lebih menyerlah dengan adanya elemen 'glitter' di bahagian skirt.

Meskipun penampilan Erra kelihatan sedikit ringkas, akan tetapi dengan adanya selitan aksesori berupa gelang tangan serta calitan solekan mata yang sedikit memukau, ia mampu menaikkan aura pesona dan anggun diwajah aktres terkenal ini.

Menerusi foto yang dipaparkan, nampaknya begitu banyak isu-isu menarik yang bakal dikupas oleh majalah InTrend, antaranya adalah 178 Romance with style, Asmara Luar Tabii serta yang paling menarik adalah luahan hati Erra Fazira sendiri menerusi isu 'Superstar Erra Fazira – Usah Tanya, Doakan Sahaja..'

Oleh itu, bagi mengetahui lebih lanjut mengenai isu-isu menarik ini, jangan lupa untuk dapatkan majalah InTrend edisi Februari 2013 di pasaran sekarang!!

Tags: , , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan