Nuffnang

Rabu, 20 Mac 2013

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


Kumpulan Zivilia Bakal Duet Dengan <b>Najwa Latif</b>

Posted: 20 Feb 2013 03:30 AM PST

Posted by Fyna Ahmad Wednesday, 20 February 2013
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Kumpulan Zivilia Bakal Duet Dengan Najwa Latif | Kenal kumpulan Zivilia? Tahu lagu Aishiteru? Ye, Kumpulan Zivilia berhasrat untuk merakamkan dua buah lagu bersama penyanyi remaja, Najwa Latif dalam masa terdekat.





"Ramai yang menyanyikan semula lagu itu namun dalam ramai-ramai kami paling tertarik dengan Najwa dan versinya menerusi lagu Aishiteru paling sempurna. 
"Kami bercadang untuk merakamkan kembali karya itu versi duet dan sebuah lagu baru khas buat peminat di Malaysia," jelasnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran album sulung mereka berjudul Aishiteru di Hard Rock Cafe di sini, Selasa.

Tambah Zul, selain tertarik dengan suara Najwa yang disifatkan mempunyai keunikan, mereka turut tertarik dengan kebolehan Najwa bermain gitar dan menulis lagunya sendiri.

"Kami sering mengikuti perkembangannya menerusi YouTube dan lagu Kosong menjadi kegemaran kami," katanya.

Dalam pada itu, Zul berkata, pihaknya sudah bertemu dengan pengurus Najwa mengenai projek tersebut dan berharap ia dapat dilaksanakan secepat mungkin.

"Semasa bertemu pada persembahan di Dataran Merdeka tempoh hari kami sempat bertemu dengannya dan Najwa juga teruja dengan projek tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Zul berkata, untuk album terbaharu itu, mereka masih mengekalkan konsep Melayu Deli selain mencampurkan muzik pop Jepun (J-Pop) dalam lagu-lagu mereka.

Zul menjelaskan, gabungan itu sesuatu yang berbeza dan menjadikan ia sebagai identiti kumpulan yang turut dianggotai oleh Idham (bass) dan Obot (drum).

"Kami ingin memartabatkan muzik Melayu yang boleh diterima ramai namun ia perlu bersesuaian dengan kehendak pendengar dan kombinasi J-Pop nyata telah menarik perhatian peminat," jelasnya.

Sebanyak 12 buah lagu dimuatkan dalam album itu seperti Kokoro No Tomo, Setia, Aishiteru, Harga Diri, Sesal, Cerita Malam, Tak Terlupakan dan Pintu Taubat.

Dalam perkembangan lain, Zul berkata mereka tidak menyangka dapat mencipta nama di Malaysia dan berhasrat untuk kembali lagi bertemu peminat-peminat di negara ini.

"Sokongan yang diberikan cukup membuatkan kami terharu dan tidak menyangka Zivilia popular di Malaysia."Malah semasa kami bersiar-siar sentiasa ada peminat yang menegur dan bergambar dengan kami," jelasnya.

Baca Lagi Artikel Berkaitan : Fuh Artis

FUH!!! KAMI KONGSIKAN SEGALANYA

Tajuk : Kumpulan Zivilia Bakal Duet Dengan Najwa Latif
Ditulis oleh Fyna Ahmad
Rating Blog 5 dari 5

Fuh!! amacam?nak lagi?kalau nak tengok/baca entry macam ni lagi boleh clik pada kategori di sidebar sebelah kanan. Kalau nak copy mohon nyatakan sumber dan backlink kan ke entry ini. http://www.fuh.my/2013/02/kumpulan-zivilia-bakal-duet-dengan.html. Fuh!! Harap maklom .

Lawak <b>Najwa Latif</b> Masuk Sekolah Baru

Posted: 25 Feb 2013 01:54 AM PST


Suatu hari Najwa Latif berpindah ke sekolah baru....

Cikgu: selamat berkenalan....
Najwa: kita Berkenalan hanya dalam laman muka buku.... :)
Cikgu: sat gi cikgu hantar kau dekat guru besar baru tau...
Najwa: Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwouwo :P

Cikgu: cikgu sakit hati dah ni =="
Najwa: hati ku rasa sesuatu :P
Cikgu : sebelom kamu balik, datang jumpa saya kat office..
Najwa : Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku

Cikgu: atau kamu nak saya hantar kamu dekat guru besar? >:(
Najwa: Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu :)
Cikgu: cikgu rasa kamu ni dah tak betol..
Najwa: Oh oh benarkah rasa itu...

Cikgu : ingat taw.. sebelum balik nanti kamu datang office jumpa saya!!
Najwa : bagaimana harus bersua...ku rasa gementar tapi bahagia
Cikgu : memang kalau dah ade peluang nak rotan je kamu ni...
Najwa : perlukah kita cari peluang pertama..

Cikgu : saya dah agak hang ni bermasalah..
Najwa : walaupun kita tak pernah berjumpaa.....ooohh uwouwouwo\
Cikgu: otak saya dah sarat dengan macam2 masalah.. Kamu ni buat...
Najwa: Banyak persoalan yang berada di minda =P

Pelajar lain menyampuk: cikgu ni banyak tanya la...
Najwa : Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Cikgu disiplin : cikgu jom pegi lunch dengan saya kejap lagi
Cikgu: Argh, tak nak, nak settle kes najwa ni

Najwa : Otak kata jangan hati pula kata ya =)
cikgu: tak menentu saya di buatnya..
Najwa : Hidup tak menentu adakah ini cinta......

Najwa : banyak soalan banyak juga jawapannya
Pelajar lain : kalau ikut hati,cikgu kami memang nak bunuh hang ni adoiii
Najwa : kata hati dan rasa tak dibiar saja..
Cikgu Disiplin : masuk bilik saya nak jalankan operasi merotan ni...

Najwa : setiap yg berlaku ada kebaikannya,harus pejam mata dan cuba apa saja...
Cikgu Disiplin : kamu pandang muka saya..
Najwa : Pabila kau renung tajam tajam mata aku
Cikgu Disiplin : cikgu, kau rasa kita nak report kat encik latif ke..

Cikgu : aku rasa...
Najwa : Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Cikgu : Najwa! Ape semuanya ni?
Najwa : Oh oh ini cinta remajaku.. :P

Cikgu : cinta? Dengar baik2 kata - kata cikgu ni...
Najwa : Dan pabila kau katakan kau suka aku... ^^,
Cikgu Disiplin : sudah., Diam!!
Najwa : Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju...

Cikgu Disiplin : Cikgu! cinta apa yang  merepek ni?
Cikgu : Oh oh itulah cinta yang satu XP
Cikgu Disiplin , Cikgu , Najwa :
Cinta di muka
bukuu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan