Nuffnang

Rabu, 20 Mac 2013

Kilafairy - Google Blog Search

Kilafairy - Google Blog Search


<b>Kilafairy</b> Dah Pandai Demand?

Posted: 05 Mar 2013 02:42 AM PST

SATU perkara yang menampakkan kematangan seseorang insan adalah bagaimana dia menghormati manusia dan persekitaran di sekelilingnya. Malang sekali, ada kata-kata kurang enak yang terdengar perihal sikap artis muda yang dikenali sebagai Kilafairy ini apabila dikatakan tidak menghormati profesion pihak media terutama jurufoto profesional sesebuah syarikat penerbitan. 

Semuanya gara-gara aktres baru yang senang disapa Kila ini bertegas mahu menggunakan khidmat jurufoto peribadi ketika diminta untuk mengadakan sesi fotografi. Kila seolah-olah menghantar mesej bahawa dia lebih memandang tinggi hasil kerja jurufoto peribadi pilihannya berbanding jurufoto dalaman sesebuah syarikat penerbitan.
Hal itu telah menyebabkan kalangan jurufoto berasa tersinggung dan terhina dan mempersoalkan tindakan Kila. Memang, anak kepada penyanyi Rohana Jalil ini punya hak menyuarakan kemahuan walau apa jua alasannya. Namun perlu diingat, pihak media yang mengatur temujanji dan mereka juga ada hak untuk melaksanakan tugas tanpa campur tangan pihak lain. Ketika diminta penjelasan, ini jawapan yang diberikan oleh pelakon filem Karak ini.
"Apa yang saya lakukan tiada lain dan niatnya cuma mahu mencuba dan bereksperimen dengan jurufoto peribadi.
"Sebenarnya tiada niat untuk saya menghina atau merendahkan hasil kerja jurufoto dalaman sesebuah syarikat yang telah lama dalam industri.

"Saya sentiasa percaya karya mereka punya perspektif seni yang bagus. Selama ini saya sudah bekerjasama dengan kebanyakan mereka dan karya masing-masing memang tidak dapat disangkal.

"Cuma kali ini saya mahu cuba sentuhan jurufoto muda. Kebetulan dia kawan saya dan kerjasama ini umpama satu situasi menang-menang. Saya bantu dia mencantikkan lagi profil dirinya manakala dia bantu saya dari segi penghasilan gambar yang lebih segar," katanya.

Petah dalam bicara, Kila juga memohon maaf andai ada pihak tergores hati dengan tindakannya.
"Saya harap semua faham kerana saya juga meminta untuk menggunakan jurufoto lain dengan cara baik. Saya tahu, mungkin ada yang tak boleh terima sebab mereka terasa dengan tindakan saya yang dianggap seolah-olah menghina hasil kerja mereka.

"Tapi saya juga tahu, pasti ramai yang akan faham. Insya-Allah. Saya buat begini bukan kerana mahu ikut cara artis-artis lain yang mungkin buat perkara yang sama.

"Tidak. Ini adalah kehendak saya sendiri. Tapi kalau lepas ini ramai yang tak suka, saya akan berhenti buat begini. Minta maaf sekali lagi," katanya.

Ditaja VIP juga?
Kalau sebelum ini kecoh cerita pelakon Tasha Shilla misalnya yang didakwa hidupnya ditaja oleh VIP bergelar Datuk J, Kila juga khabarnya turut terkait dengan isu yang dianggap tipikal dan klise ini.

Pantas menepis pertanyaan, Kila berani mempertaruhkan kebenaran bahawa dia tidak seperti yang dianggap.

Kata Kila, selama ini apa sahaja yang dilakukan adalah atas usaha kerasnya sebagai seorang anak seni walaupun usia di dalam industri belum pun genap empat tahun.
"Bagi saya isu ini macam sengaja disensasikan kerana jujurnya saya tidak begitu. Datuk mana pula nak taja saya?

"Ini semua cerita tak betul. Saya ini suka duduk rumah. Tidak keluar tak tentu pasal. Macam mana pula ada Datuk nak taja saya?

"Saya juga jenis malas nak melayan orang lebih-lebih lagi kalau ada yang menghubungi atau menghantar mesej yang bukan-bukan. Memang saya tak akan layan.

"Bukan kurang ajar tapi saya memang tak suka. Lagipun saya ada papa yang sangat tegas. Dia pun tak suka saya melayan benda-benda macam ni.

"Cukuplah. Saya lebih selesa berada dalam kawalan papa walau dia tegas," kata anak bongsu daripada tiga beradik ini.

Tak laku?

Ramai juga yang perasan kelibat Kila tak begitu banyak dalam industri lakonan. Kali terakhir menerusi drama berjudul Saiful Nita.

Dari segi filem, selepas Karak, Kila muncul dalam filem berjudul Hore-Hore. Kemudian, diam menyepi diri.

Maka usah marah kalau ada yang kata Kila bagai tidak ada tuah dalam bidang lakonan dan dilihat tidak laku gara-gara profil lakonannya yang agak malap.

"Sekarang saya punya banyak masa untuk bekerja. Selain sibuk dengan perniagaan butik the Rack, saya dah mula buka diri untuk tawaran lakonan," kata graduan Diploma Lanjutan Pengurusan dan Pemasaran Fesyen di Kolej Antarabangsa Raffles Ampang, Kuala Lumpur ini.

Dalam pada itu Kila juga sudah mula mengorak langkah untuk bergelar penyanyi seperti yang diimpikan apabila dia bakal muncul dengan single pertama berjudul Pasti.

Kata Kila, memandangkan rezeki lakonan terlebih dahulu datang menerpa maka hasratnya untuk menjadi seperti ibunya terpaksa dilupakan buat sementara waktu.
"Saya menyanyi bukan sebab nak tutup kelemahan berlakon. Lagipun niat saya ni dah lama. Apa salahnya saya teruskan. Sebelum ini pun orang tahu saya menyanyi lagu Hindustan dan ramai yang dapat mengesan bakat saya menyanyi.

"Papa dan mama saya juga beri sokongan penuh dan taruh kepercayaan pada saya," katanya.

Meletak sepenuh kepercayaan dalam sentuhan Amylea Azizan atau Amylea AF3, Kila yakin perjalanannya sebagai penyanyi mampu diterima baik oleh semua pihak.

"Saya dengan Amylea dah lama berkawan. Jadi bila saya menyuarakan hasrat untuk ada sebuah single, dia terus setuju.

"Dia juga tahu mana yang terbaik untuk saya jadi sebab itu saya katakan saya percaya dengan sentuhan dia.

"Selain Pasti, saya juga turut berkolaborasi dengan band Roman untuk lagu berjudul Roman yang juga merupakan ciptaan Amylea," katanya.

Dalam soal kritikan pula kata Kila, dia juga sedar bahawa perkara itu akan dibangkitkan oleh mana-mana pihak yang mungkin tidak boleh menerima keputusannya untuk bergelar penyanyi.
"Saya tahu, orang akan kata saya tamak, semua benda saya nak buat. Berlakon... menyanyi. Tapi saya tak ambil itu semua untuk melemahkan semangat.

"Lagipun saya dah pernah melalui kritikan dan kutukan orang sebelum ini. Lagipun saya tak boleh paksa semua orang untuk suka dengan lagu dan suara saya.

"Mereka juga ada pilihan. Terpulanglah. Yang penting saya cuba," katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan