Nuffnang

Sabtu, 2 Mac 2013

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


BERITA ARTIS - "Lantaklah Jika Orang Nak Cakap Apa Pun"- <b>Didie</b> <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2013 08:00 AM PST

Terkenal dengan jolokan Lady Gaga Malaysia, pelakon, pengacara serta pelawak popular, Didie Alias sekali lagi menarik perhatian ramai apabila tampil dengan pakaian seksi pada majlis pra-kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 di Holiday Villa Hotel & Suite, Subang Jaya pada petang Rabu.

Ibu kepada lima orang anak ini hadir dengan baju jarang berwarna merah yang mendedahkan bahagian belakang badannya sehingga menampakkan dengan jelas pakaian dalamnya yang berwarna hitam.

"Bagi saya, saya pakai apa pun seksi jadi lantaklah jika orang nak cakap apapun," ujar wanita berusia 40 tahun ini ketika diajukan GUA mengenai penampilan seksinya itu.

"Kenapa zaman P. Ramlee dulu orang pakai berkemban tak jadi isu pun. Saya tak boleh nak tutup mulut orang. Saya tak peduli dan dah penat nak dengar apa orang nak cakap. Jika penampilan saya ini nak jadi isu, lantaklah. Saya hanya mahu fokus dengan kerja saya saja. Jika asyik fikir perkara ini, memang tersangkutlah kerja saya," ujar Didie mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan