Nuffnang

Sabtu, 2 Mac 2013

Liyana Jasmay - Google Blog Search

Liyana Jasmay - Google Blog Search


<b>Liyana Jasmay</b> & Fathuddin Mazlan Sah Bergelar Suami Isteri <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2013 06:20 PM PST

BCEPSHqCEAAuzQ5

Foto kredit : LICA ?@_lisyacoolxX

Tepat jam 10.30 pagi , Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan sah diijabkabulkan dengan 2 kali lafaz. Pasangan mempelai ini dinikahkan sendiri oleh bapa Liyana, Datuk Jasmay Syah.

Dihadiri lebih kurang 200 orang tetamu, Liyana kelihatan ayu mengenakan busana putih rekaan Jovian Mandagie manakala Fathuddin pula segak berbaju melayu putih.

Majlis yang berlangsung di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel ini menyaksikan pihak lelaki menghantar 5 dulang hantaran berupa seutas gelang emas sebagai mas kahwin berjumlah RM5, 500, tas tangan, wang hantaran berjumlah RM28,388, seutas rantai emas & cincin serta sepasang anting-anting.

Manakala, pihak perempuan pula membalas dengan 7 dulang hantaran berupa sepasang kasut Prada, dompet, jam tangan Tag Heuer, manisan, tepak sirih dan juga cincin.

Untuk pengetahuan, majlis resepsi Liyana Jasmay & Fathuddin akan berlangsung malam ini di Dewan Merdeka, PWTC.

Tahniah diucapkan pada pasangan bahagia, Liyana Jasmay & Fathuddin. Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Tags:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan