Nuffnang

Sabtu, 2 Mac 2013

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


<b>Faizal Tahir</b> Sedia Hilang Peminat Demi Kelainan - Gua.com.my

Posted: 28 Feb 2013 09:01 PM PST

Berani tampil dengan genre yang berbeza untuk album terbarunya, Faizal Tahir mengakui dia bersedia kehilangan segelintir peminat jika ada yang tidak menyukai konsep rock elektronik yang ditonjolkan.

"Saya sedia maklum bahawa saya mungkin kehilangan peminat dengan lahirnya album ketiga ini. Kalau boleh memang saya berharap dapat mengekalkan peminat sedia ada, tapi apabila kita buat sesuatu yang baru, tidak semua akan gemarkannya. Bagaimanapun, saya mungkin mendapat peminat baru yang sukakan genre ini," ujar Faizal Tahir ketika ditemui pada program boot camp bersama peminat baru-baru ini.

Berkerjasama dengan Audi Mok,Omar K dan Mike Chan, menurut Faizal album ketiganya itu sangat berisiko tinggi untuk dipasarkan. Namun, penyanyi ini percaya setiap perkara yang berisiko tinggi pasti mempunyai pulangan yang setimpal.

Mengulas tentang program 'Boot Camp – The Edge and The New Marketing Strategy of Promoting the Album' yang diadakan baru-baru ini, Faizal menjelaskan program itu diadakan bertujuan untuk mendapatkan idea-idea kreatif bagi memantapkan strategi pemasaran albumnya itu.

Program yang memperlihatkan pelajar-pelajar universiti seluruh negara berkongsi idea-idea kreatif ini dianggap berjaya kerana mereka hanya diberi waktu yang sangat singkat untuk membuat persediaan.

"Kebanyakan pelajar-pelajar ini membentangkan idea-idea yang umum. Namun,saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Saya sedar, sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam industri muzik, saya harus meluangkan lebih banyak masa dengan mereka untuk menerangkan situasi sebenar industri muzik sekarang ini," ujar Faizal yang turut menyatakan bahawa idea untuk mengadakan program ini hanya datang beberapa minggu sebelum program ini dijalankan.

Tambah Faizal, dia suka dengan idea daripada satu kumpulan yang menyarankan Faizal agar mempromosikan albumnya ke seluruh negara.

"Sesi jelajah bagi mempromosikan album telah lama hilang dalam industri. Ia merupakan perkara asas tetapi tidak mudah dilaksanakan. Kebelakangan ini hanya Yuna dan kumpulan Hujan yang saya lihat telah menggunakan pendekatan ini untuk mempromosikan album mereka", ujar Faizal lagi.

Faizal turut percaya bahawa setiap idea yang baik harus sejajar dengan bajet bagi melaksanakan idea tersebut dengan jayanya.

Untuk makluman, album ketiga Faizal dijangka berada di pasaran sekitar bulan Mac ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan