Nuffnang

Isnin, 18 Mac 2013

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


Kes Hutang RM2.5 Juta <b>Fizo Omar</b> Masih Sangkut | MyNewsHub

Posted: 22 Feb 2013 09:41 PM PST


Satu ketika dulu nama pelakon, Fizo Omar pernah menjadi perbualan hangat ekoran dia dikatakan berhutang dengan pihak bank dengan jumlah RM2.5 juta!

Namun, sebenarnya Fizo dianiaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Semuanya gara-gara apabila dia membenarkan namanya digunakan sebagai Pengarah Urusan dan ahli lembaga pengarah sebuah syarikat percetakan.

Kini, empat tahun sudah pun berlalu.

Menerusi Malaysiandigest, hari ini, Fizo ada memaklumkan yang kes itu masih belum selesai.

"Masih tak selesai lagi. Kes ni pun dah jadi kes polis.

"Jabatan kimia dah sahkan yang tandatangan tu bukan tandatangan saya. Sekarang ni kes tersebut masih dalam perbicaraan mahkamah," jelasnya.

Tambah Fizo, apabila kes ini sudah menjadi kes mahkamah, prosesnya bertambah rumit dan oleh sebab demikian ia masih tertangguh sehingga hari ini.

"Saya harap kes ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

"Tapi kalau kes ni tak selesai juga, nampaknya saya berdepan dengan masalah bankraplah," katanya.

Dalam pada itu Fizo juga tidak menolak kejadian tersebut juga ada melibatkan pakatan dari orang bank dari segi pemalsuan tandatangannya.

"Saya rasa memang ada pakatan orang bank dari segi pemalsuan tandatangan. Terus terang, manalah dalam akaun saya ada duit samapi berjuta-juta, sudah lah ketika itu saya baru nak berjinak-jinak sebagai pelakon.

"Baru nak naik. Saya ni pun bukan anak datuk, saya ni anak Wan Omar saja," katanya.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan